BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, September 13, 2011

Hakikat Cinta


Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana hamba-Mu ini masih dapat menikmati nikmat Islam, mengecapi manisnya iman dan menghayati indahnya ihsan. Syukur kepada-Mu Ya Allah kerana mengutuskan kepada hamba-Mu ini serta seluruh umat muslim sekalian akan seorang Rasul pembawa risalah kerahmatan sehingga seluruh umat muslim dapat mengecapi nikmat-nikmat ini.Namun demikian, kemanisan dan keistimewaan nikmat ini tidak akan dapat kita rasai tanpa menghayati Islam melalui cinta dan kasih-sayang.

Apabila membicarakan tentang cinta Rasulullah SAW, amatlah perlu bagi kita sebagai umatnya mengikuti sunah-sunahnya serta mengikut segala apa yang telah diajarkannya kepada kita sebagai panduan dan bekalan supaya dapat mengharungi kehidupan yang penuh dengan cabaran ini. Kita sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W. sepatutnya berasa bersyukur kerana dikurniakan oleh Allah seorang Rasul yang memiliki cinta agung terhadap umatnya. Baginda SAW mengungkapkan cintanya dengan ungkapan-ungkapan cinta yang paling murni dan sejati.

Dalam konteks kemanusiaan, secara hakikinya cinta dan perasaan itu adalah satu keperluan.. Tidak dinafikan perasan cinta manusia itu adalah kerana fitrah kejadiannya.. Tetapi kita mesti pandai menguruskan cinta itu. Bercintalah tetapi melalui jalan-jalan yang Islam telah tunjukkan. Bercintalah tetapi melalui jalan-jalan yang Allah S.W.T. redhai. Buat persediaan sebaiknya supaya tidak berlaku masalah selepas sah kelak, dan lakukan ta'aruf serta langkah-langkah yang seterusnya. Islam itu dipenuhi cinta dan kasih sayang. Namun demikian, dewasa ini banyak cinta dan kasih sayang yang menyimpang dari Islam kerana kita tidak menghayati Islam sepenuhnya. Cinta yang bersandarkan nafsu semata-mata akan mengundang petaka dan kemurkaan Allah..

Cinta yang hakiki yang berdasarkan kerana Allah semata-mata adalah apabila kita mencintai seseorang bukan kerana peribadinya, tetapi  kerana kelebihan-kelebihannya yang menyandarkan akhirat sebagai matlamat hidupnya. Mari sama-sama kita mencari cinta dan redha-Nya. "Jangan kamu memandang rendah kepada sebarang kebajikan, sekalipun dengan engkau menemui saudaramu dengan muka yang manis." Riwayat Muslim. Subahanallah, manisnya ukkhwah,,,

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Tiga perkara yang sesiapa melakukannya akan mendapat kemanisan iman: Menjadikan ALLAH dan Rasul-NYA s.a.w sebagai cinta yang paling utama, menyintai seseorang semata-mata kerana ALLAH dan benci untuk kembali kepada kekufuran seperti dia benci dicampakkan ke dalam neraka.” – Riwayat al-Bukhari –

Semoga Allah menganugerahkan kepada kita cinta yang hakiki dan abadi hingga ke akhirat sana. Amin..



0 comments: