BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, September 26, 2011

Sabar dengan setiap ujian

Assalamualaikum...

Berdiskusi tentang sabar, kadangkala memang sukar bagi kita menentukan sama ada sesuatu yang menguji kesabaran kita itu adalah berbentuk ujian daripada-Nya atau musibah. Namun demikian Allah SWT telah pun berfirman:

"Dan musibah yang menimpa manusia adalah disebabkan oleh perilaku manusia itu sendiri. Dan Allah banyak memaafkan kesalahan-kesalahanmu" (Asy Syura 42 : 30)
"Dan Allah menciptakan manusia adalah ujian bagi manusia yang lain, apakah kamu mahu bersabar?"

Kita diperintahkan oleh Allah untuk selalu muhasabah diri, bersabar, sabar dan terus bersabar.

Ayat yang kedua jelas menyatakan Allah SWT meminta kita untuk bersabar dalam setiap ujian yang ditimpakan-Nya. Sabar di sini bukan hanya diam memendam amarah akan tetapi memohon maaf kepada Allah dan memaafkan sesiapa sahaja serta mendoakan mereka dengan baik dan itu memerlukan keikhlasan diri yang tinggi dan kelapangan dada. Memang sukar melakukannya namun jika kita mula belajar dari sekarang, Insya Allah. Jika kita lakukan dengan keikhlasan dan tawakal disusuli dengan istiqomah, Insya Allah, Allah akan memberikan jalan yang mudah dan juga ketenangan HATI. Insya Allah. Berdoalah.

Demikian semoga membantu diriku jua.

Wassalam.

Wednesday, September 14, 2011

Betapa cintanya Rasulullah kepada Umatnya..

Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Para sahabat melihat pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Saidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu terus bertanya kepada Baginda Rasulullah S.A.W. setelah selesai bersembahyang :

“Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?”

“Tidak, ya Umar.. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."

“Ya Rasulullah… mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit…” desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali baginda bergerak.

“Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?”

Lalu baginda menjawab dengan lembut, “Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya? Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di akhirat kelak.”


Musim 2011/2012 bersama MU

Bila disebut sahaja LELAKI, pasti terbayang difikiran  kita betapa obsesnya golongan ini terhadap sukan bola sepak. Ya.. Saya seorang lelaki dan saya juga tidak lari daripada meminati sukan ini. Namun demikian, saya tidaklah terlalu “GILA BOLA”.Sekadar meminati sukan ini yang merupakan sukan nombor satu di dunia. Berbicara tentang bola ni, bila sampai sahaja musimnya, apa sahaja yang dibuat semuanya akan dikaitkan dengan bola sehingga timbul frasa makan bola, minum bola dan tidur pun bola. Bagi peminat fanatik sukan yang paling popular ini, mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk pasukan yang diminati oleh mereka. Ada yang sanggup berkempen seperti pilihan raya, memasang bendera, memakai baju pasukan, mewarnakan tubuh mereka mengikut logo atau tema pasukan mereka dan sebagainya, malah ada yang sanggup meredah lautan dan benua hanya semata-mata kerana BOLA. Jika tidak percaya cuba tonton cerita Rooney dan Dragba, Seronok. ^_^



Buat peminat pasukan Manchester United seperti saya (promote pasukan sendiri), “MU Forever” tidak terlambat untuk saya ucapkan tahniah kerana telah menjuarai liga buat kali ke-19 sekaligus mencipta rekod baharu kelab EPL yang menjuarai liga paling banyak. Walaupun ramai yang meragui kemampuan United untuk terus mengekalkan prestasi gemilangnya pada musim lepas, namun demikian pasukan MU telah membuktikan bahawa mereka masih lagi berbisa dan mampu untuk mempertahankan kejuaraan liga yang telah dimiliki untuk musim yang baru. BUKTINYA, MU menang 8-2 menentang seteru utama liga iaitu Arsenal. Ini adalah kekalahan terburuk Arsenal sejak 1980an. Selepas menang besar ke atas Arsenal, Manchester United membukikn bahawa mereka bukan menang nasib pada perlawanan sebelum ini apabila sekali lagi menjaringkan jumlah gol yang besar iaitu 5-0 ketika menentang Bolton Wonderes. Jadi apa lagi hendak dikatakan. Nampaknya pencabar yang mampu menggugat United hanyalah Manchester City yang dibarisi dengan pemain yang berprofil tinggi seperti Samier Nasri (pemain baharu yang baru berhijarah dari Arsenal). Manakala pasukan yang lain masih lagi tercari-cari rentak bagi mencabar pendahulu liga yang sememangnya konsisten dalam setiap perlawanan. Mengikut Jadual perlawanan EPL sesi 2011/2012, pertemuan antara Manchester United vs Manchester City dijadualkan berlangsung di Old Trofford pada 22 Oktober 2011. Sangat ditunggu-tunggu. Hu3...

Bercerita tentang United, kemasukan 3 pemain baharu seperti Phil jones, Ashley Young dan David de Gea bakal memperkuatkan lagi barisan pemain United pada musim ini. Usaha ini dilakukan bertujuan untuk memperkukuhkan barisan tengah United yang kelihatan sedikit pincang serta kurang kreativiti ketika menentang Barcelona. United kini dibarisi oleh pemain-pemain muda seperti Cleverly Wlbeck, Jones & Evans. Pemain-pemain inilah yang diharapkan oleh Alex Forguson akan menjadi pengganti kepada generasi emas yang pernah dilahirkan Forgusan pada era 1990-an yang bakal digandingkan dengan pemain-pemain senior kelab. Sangat-sangatlah menyokong usaha ini.

Berikut adalah jadual perlawanan bagi United disepanjang bulan september serta oktober.

September 2011
10 Bolton (A)
17 Chelsea (H)
24 Stoke City (A)

Oktober 2011
1 Norwich City (H)
15 Liverpool (A)
22 Manchester City (H)
29 Everton (A)

Sekadar suka-suka. Syukur ada yang memahami.. ^_^ dan mahu join sekaki..
Wassalam.

Tuesday, September 13, 2011

Hakikat Cinta


Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana hamba-Mu ini masih dapat menikmati nikmat Islam, mengecapi manisnya iman dan menghayati indahnya ihsan. Syukur kepada-Mu Ya Allah kerana mengutuskan kepada hamba-Mu ini serta seluruh umat muslim sekalian akan seorang Rasul pembawa risalah kerahmatan sehingga seluruh umat muslim dapat mengecapi nikmat-nikmat ini.Namun demikian, kemanisan dan keistimewaan nikmat ini tidak akan dapat kita rasai tanpa menghayati Islam melalui cinta dan kasih-sayang.

Apabila membicarakan tentang cinta Rasulullah SAW, amatlah perlu bagi kita sebagai umatnya mengikuti sunah-sunahnya serta mengikut segala apa yang telah diajarkannya kepada kita sebagai panduan dan bekalan supaya dapat mengharungi kehidupan yang penuh dengan cabaran ini. Kita sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W. sepatutnya berasa bersyukur kerana dikurniakan oleh Allah seorang Rasul yang memiliki cinta agung terhadap umatnya. Baginda SAW mengungkapkan cintanya dengan ungkapan-ungkapan cinta yang paling murni dan sejati.

Dalam konteks kemanusiaan, secara hakikinya cinta dan perasaan itu adalah satu keperluan.. Tidak dinafikan perasan cinta manusia itu adalah kerana fitrah kejadiannya.. Tetapi kita mesti pandai menguruskan cinta itu. Bercintalah tetapi melalui jalan-jalan yang Islam telah tunjukkan. Bercintalah tetapi melalui jalan-jalan yang Allah S.W.T. redhai. Buat persediaan sebaiknya supaya tidak berlaku masalah selepas sah kelak, dan lakukan ta'aruf serta langkah-langkah yang seterusnya. Islam itu dipenuhi cinta dan kasih sayang. Namun demikian, dewasa ini banyak cinta dan kasih sayang yang menyimpang dari Islam kerana kita tidak menghayati Islam sepenuhnya. Cinta yang bersandarkan nafsu semata-mata akan mengundang petaka dan kemurkaan Allah..

Cinta yang hakiki yang berdasarkan kerana Allah semata-mata adalah apabila kita mencintai seseorang bukan kerana peribadinya, tetapi  kerana kelebihan-kelebihannya yang menyandarkan akhirat sebagai matlamat hidupnya. Mari sama-sama kita mencari cinta dan redha-Nya. "Jangan kamu memandang rendah kepada sebarang kebajikan, sekalipun dengan engkau menemui saudaramu dengan muka yang manis." Riwayat Muslim. Subahanallah, manisnya ukkhwah,,,

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Tiga perkara yang sesiapa melakukannya akan mendapat kemanisan iman: Menjadikan ALLAH dan Rasul-NYA s.a.w sebagai cinta yang paling utama, menyintai seseorang semata-mata kerana ALLAH dan benci untuk kembali kepada kekufuran seperti dia benci dicampakkan ke dalam neraka.” – Riwayat al-Bukhari –

Semoga Allah menganugerahkan kepada kita cinta yang hakiki dan abadi hingga ke akhirat sana. Amin..



Semoga Berjaya



Abang doakan semoga Luqman dapat menjawab dengan baik. Insya Allah, walaupun abang begini, abang yakin, apabila sudah dewasa luqman akan tahu sebabnya.. Belajarlah rajin-rajin. Perjalanan Luqman jauh lagi... Abang sayangkan adik-adik abang seperti mana sayangnya Kak Yong kepada adik-adiknya.. Jawab elok-elok esok... UPSR dan PSRA adalah merupakan platform pertama. Masih punya masa memperbaiki diri.. Insya Allah.. Yakinlah dengan Allah.. Untuk adinda ummi juga, jawab baik-baik untuk peperiksaan pertama anda di sana...

Friday, September 9, 2011

Conteng-conteng


Assalamualaikum....

HAri ini kelas pagi habis, dan bersambung pula pada petangnya...

Tiada masalah pun. Semuanya berjalan dengan lancar. Biasalah, masing-masing ingin melontarkan idea untuk persembahan. Ia menerima baik pandangan rakan-rakannya, juga pandangan pensyarah. Apa yang mampu dilakukannya selain mendiamkan diri. Semuanya baik-baik sahaja. Diamnya tadi bukan tandanya ia tidak berbuat apa-apa. Diamnya itu memikirkan sesuatu untuk persembahan itu, mendengar idea dari sahabat yang lain. Apa agaknya ya yang mampu dilakukannya dicelah-celah interaksi antara mereka ketika mana mereka sibuk berbincang dan memberi pandangan terhadap latihan tadi. Bagaimana jika daku,kau,ia dan anda ditempatnya? Kasihan sebenarnya. Dalam diam banyak juga idea, pandangan, pengalaman yang diperoleh bagi memantapkan persembahan itu. Untung juga sebenarnya ia mendiamkan diri. Ia berkecil hati sebenarnya, namun untuk sementara sahaja.... ^_^ Positif itu Hebat... Insya Allah. Biasalah, ia juga manusia biasa. Kisah itu sebagai pengajaran untuk diri. Tiada apa pun kan. Semoga berjalan lancar untuk aksi yang seterusnya... Amin... Belajar dan terus belajar. Tiada salahnya.(Conteng2 sungguhkan) Petang ni ke padang seperti biasa, bermain bola.... tp kena bahagi badan untuk ke pasar malam. Terbau-bau nasi kerabu. Ayuh membelinya....

p/s : Hari Ahad ini rakan kelas ingin beraya dirumah. Bagaimana ya hendak dijawabnya. Aduhai... Gembira, tetapi berdebar. Jika ada rezeki jemputlah datang, bila-bila sahaja. Insya Allah. -Jumaat-

Monday, September 5, 2011

Selamat Pengantin Baharu


بارك الله لكما وبارك عليكماوجمع بينكما في خير 
Barakallahu lakuma wabaraka 'alaikuma Wajama'a bainakuma fii khair.-

Tahniah kepada Abang Fazri dan Kak Mimi serta Abang Ally dan Kak Syafia'ah atas perkahwinan kalian. Selamat mendirikan rumah dan tangga.. :) Selamat melayari bahtera sunnah. Semoga pernikahan yang suci ini dilimpahi oleh Allah dengan rahmat, keberkatan, kemudahan, keluasan dan keturunan yang soleh yang menjadi kebanggaan  di dunia dan di akhirat.