BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, August 30, 2011

Air Mata Syawal...


Alhamdulillah...  Syukur kepada Allah, dengan segala rahmat dan limpah kurnia-Nya, akhirnya dapatlah kita bersama-sama menyambut kedatangan Syawal ini dengan penuh kegembiraan dan semangat, sebagai tanda kemenangan kita setelah sebulan menempuh bulan Ramadhan. Bulan yang penuh dengan keberkatan, bulan yang penuh dengan nikmat dan rahmat Allah. Mudah-mudahan kita dipertemukan lagi dengan Ramadhan yang akan datang. Pertama sekali, saya ucapkan Selamat Hari Raya Eidul Fitri kepada seluruh muslimin dan muslimat. Sambutlah hari yang bermakna ini dengan penuh rasa kemenangan dan kegembiraan. Insya Allah, mudah-mudahan mendapat keberkatan dan rahmat daripada-Nya.

Alhamdulillah, solat sunat Eidul Fitri telah kutunaikan di Masjid Makmuriah, Sungai Besar. Khusyuk pula mendengar khatib membacakan khutbah raya dengan penuh bersemangat, begitu juga semangat seluruh muslim untuk menyambut syawal dengan penuh kemenangan. Selepas itu ke tanah perkuburan bersama si kecil dan ayahanda. Kali kedua raya disambut tanpanya. Teringat 3 tahun yang lalu menyambut syawal bersamanya dengan penuh keriangan, kegembiraan, gurau senda dan gelak ketawa di pagi raya. Tidak pula terlintas dibenakku bahawa raya itu adalah raya yang terakhir bersamanya. Redha dengan ketentuan Yang Maha Esa. Semoga rohnya dicucuri rahmat-Mu Ya Allah. Walau bagaimanapun, raya kali ini tetap juga meriah. Mana tidaknya masing-masing mengenakan pakaian baharu. Tahun lepas tidak menyarung pakaian baharu, tahun ini, walaupun raya disambut dengan penuh kesederhanaan, namun kemeriahan sambutannya terasa cukup bermakna. Walaupun berbeza warna, namun tetap berpuas hati kerana baju yang dibeli tahun ini datangnya dari hasil usaha sendiri. 

Sedikit perkongsian.... Amalan paling afdhal di hari raya ialah menziarahi kaum kerabat, jiran tetangga, sahabat handai, orang sakit, orang tua dan kaum muslimin. Kerana apa agaknya??? Kerana amalan ini menjadi lambang sebagai menghargai persaudaraan Se-Islam dan menunaikan hak kemanusiaan iaitu hak kekeluargaan, hak persahabatan, hak kejiranan dan lain-lain. Imam Ahmad dan Abu Dawud meriwayatkan dari Ali r.a katanya : Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: " Apabila seseorang telah menziarahi saudaraSe-Islamnya, sebenarnya dia telah berjalan-jalan memetik buahan syurga sehinggalah dia duduk. Apabila dia duduk maka rahmat menaunginya. Jika di di waktu pagi maka 70,000 malaikat berselawat (berdoa memohon ampun) untuknya sehingga waktu petang. Jika di waktu petang, maka 70,000 berselawat (berdoa memohon ampun) untuknya sehingga waktu pagi ". 

Mengunjungi sanak-saudara itu adalah rutin yang biasa di pagi syawal sambil bermaaf-maafan bersama keluarga dan saudara. Seperti tahun-tahun yang sebelumnya, dari Selangor ke Perak, dari Sg Besar ke Teluk Intan. Raya pertama di kampung sebelah ibu kemudian ke kampung sebelah bapa. Jika hendak diikutkan, raya kali ini tidaklah berjalan-jalan ke sana ke sini. Namun, pada raya ke-3, telah ke suatu tempat untuk beraya atas jemputan teman teristimewa. Satu keluarga kubawa ke sana untuk mengeratkan lagi hubungan di antara dua buah keluarga. Terima kasih atas layanan yang sangat istimewa yang telah diberi. Sabar menunggu impian menjadi realiti.

-bersambung-

0 comments: