BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, June 22, 2011

Serba Sedikit Tentang MORFOLOGI

Morfologi ialah bidang Bahasa Melayu yang mengkaji tentang struktur, bentuk dan penggolongan kata dalam Bahasa Melayu.

Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang tulisan yang menjadi unit bahasa yang bermakna.

Morfem ialah unsur yang membentuk kata. Morfem dapat dieeryikan sebagai unit yang paling kecil dalam Bahasa Melayu yang berfungsi gramatis dan menjalankan tugas-tugas nahu.

Morfem dibahagikan kepada dua iaitu :

i)                   Morfem bebas
-          Iaitu morfem yang dapat berdiri sendiri sebagai suatu kata. Contohnya kawan, cinta dan korban.


ii)                  Morfem terikat
-          Iaitu morfem yang memerlukan morfem lain untuk membentuk suatu kata. Contohnya berkawan, bercinta dan berkorban.

Terdapat 4 bentuk kata dalam Bahasa Melayu iaitu :
i)             Kata tunggal
ii)            Kata terbitan
iii)           Kata majmuk
iv)           Kata ganda

KATA TUNGGAL ialah kata yang tidak mengalami sebarag proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Dalam Bahasa Melayu, kata tunggal boleh terdiri daripada satu suku kata atau lebih daripada satu suku kata.

Kata akronim pula adalah kata yang terbentuk sebagai hasil daripada percantuman bahagian-bahagian daripada serangkai kata. Bahagian-bahagian yang dicatumkan itu pula boleh terdiri daripada huruf-huruf, suku-suku kata atau bahagian-bahagian daripada suatu kata.

KATA TERBITAN ialah kata yang mengalami proses pengimbuhan iaitu proses mengandingkan imbuhan pada kata dasar.

KATA MAJMUK ialah kata yang terbentuk dengan merangkaikan dua atau lebih kata dasar dan membawa makna yang tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan kebanyakannya dieja terpisah. Contohnya gambar rajah, kaki bangku, lemah lembut dan pilih kasih.

KATA GANDA ialah kata yang terhasil daripada proses pengulangan kata dasar. Kata ganda boleh dibahagikan kepada tiga proses iaitu :
i)             Penggandaan penuh : Elok-elok, jarang-jarang
ii)            Penggandaan separa : Tembak-meembak, bergilir-gilir, jejari, sesungut, lelayang.
iii)           Penggandaan berentak : Dolak-dalih, hiruk-pikuk, kayu-kayan, tunggang-langgang.

0 comments: