BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, June 21, 2011

Kounsikahan Rumikot Kawagu Sabah bhaaaa..

Alhamdulillah, syukur.... 

Sudah memasuki semester 6. Tinggal 1 ½ tahun sahaja lagi untuk meneruskan pengajian di IPG. Semoga dipermudahkan segala urusan lebih-lebih lagi sekarang ini diberikan amanah yang sangat besar oleh rakan kelas. Insya Allah, tegur-tugurlah segala kekhilafan yang dilakukan.
 
Cuti tempoh hari telah terbang ke Sabah, negeri dibawah bayu.Tepat jam 7 pagi, 3 jun keluar dari rumah ke KTM Serdang. Menuju ke KL Central menaiki Komuter sahaja. Tepat jam 8 pagi, sampailah di KL Central (berkumpul sebelum ke LCCT). Pengalaman pertama menaiki “belon” walaupun hanya ke Sabah untuk JJCM. Tiba di KK tepat jam 3.30 petang. Naik sahaja kereta terus ke One Hotel ditengah-tengah bandaraya Kota Kinabalu. Berehat semalaman sebelum bertolak ke Keningau pada keesokkan harinya.

Perjalanan ke Keningau mengambil masa selama 4 ½  jam melalui penampang, babagon, tambunan, sunsuron, kinabaan termasuk singgah di 3 perhentian di sepanjang meredah Banjaran Crocker. Tepat jam 3 petang, saya sampai di Kampung Bayangan, Keningau, Sabah. (pernah memenangi anugerah kampung tercantik peringkat kebangsaan bagi tahun 2004/5). Sepanjang saya dan rakan berada di Sabah, banyak tempat yang menarik yang telah kami kunjungi seperti Pekan Keningau, IPG Kampus Keningau, Tambunan, Tugu Mat Salleh, Ranau, Kundasang dan banyak lagi. Sukar untuk mengingati nama-nama tempat tersebut kerana hampir semua menggunakan Bahasa Dusun sebagai nama rasmi tempat mereka (penduduk Sabah bha). Kenangan di sana sentiasa tersemat dikalbu.. hu2.. TK kepada keluarga En Mahmod (klau xsilap) kerana sudi menumpangkan kami di rumah anda..



(kemon redha)  ~ blog baharu =)

Wassalam..

0 comments: