BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, June 1, 2011

Anggota Baharu

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah, hari ini bermulalah program cuti sekolah... Eh3, dah masuk hari keempat cuti.. Tapi rasa seperti baru sahaja cuti bermula. Sedikit kecewa kerana tidak dapat mendengar ceramah umum dari YB Dr Abdul Rani Bin Osman (Adun Meru) kerana kemangkatan bonda Sultan Selangor. Namun pihak jawatankuasa yang terlibat berjanji akan membawa YB Dr Rani untuk menyampaikan ceramahnya dalam masa yang terdekat. Ada sesuatu yang ingin dikongsikan. Berita gembira!! Di rumah sudah ada PC baharu. Ditempah khas dari Plaza Low Yat, Jalan Bukit Bintang KL. Dari IB 15 minit ye. (naik motor)

Budget banyak jugalah untuk mendapatkan PC yang BIASA tetapi spesifikasi yang standard. Bak kata Abang Wan “biarlah berbelanja lebih sikit untuk dapatkan PC yang berkualiti daripada terpaksa berbelanja lebih untuk hantar ke kedai untuk baiki PC yang murah tetapi banyak masalah.” Jadi, fikir punya fikir, maka jawapannya sudah diperoleh. PC yang mencadi pilihan iaitu Asus (LUPA, esok check ada kat bilik)+Intel Core i7 920 D0. Hehe, dengar nama je, dah macam power je...


Proc : Intel® Core™ i7 920
Cooler : Custom Water Cooling setup
Mobo : Lupa detailnya..... tp asus...
Ram : 2x2GB A-DATA XPG DDR3 1600Mhz 8-9-8-24@1.7v
Monitor : Samsung
Chasis : ~Biasa2~

Moh3....
Wassalam...

0 comments: