BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, May 6, 2011

Dekat Dengan-Nya...


Rindu pada Bonda dan Ayahanda, adik-adik..Syukurnya pada Allah s.w.t kerana masih memberikan nikmat kebahagian ini bersama-sama dengan mereka walaupun jauh disudut hati ini masih merasai ujian itu, tarbiah dariMu, Insya Allah . Ampuniku Ya Allah, seandainya hambamu ini leka dan tidak peka dalam melayari kehidupan dibumi-Mu ini..  Sakit kepala, selesema, dan demam yang melanda adalah ujian dari-Mu. Allah s.w.t sedang menyampaikan sesuatu pada hambanya.Ampunkan dosa-dosaku Ya Allah s.w.t, daku redha dalam setiap ujian-Mu... Moga ujian yang ditimpakan ke atas hamba-Mu ini akan lebih mendekatkan diri ini kepada-Mu...
Tenangnya hari ini walaupun kelas padat dari pagi hingga ke maghrib..
Syukran Ya Rabbi, walaupun banyak lagi cabaran yang menanti,
namun masih lagi memberikan kekuatan dan semangat serta pelbagai nikmat kepada hamba-Mu ini.
Terasa dekat dengan-Mu...

0 comments: