BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, April 17, 2011

Tayar Pecah..


Setelah tamatnya praktikum fasa 1 di SK Bandar Sungai Buaya, bermulalah aktiviti kemas mengemas barangan di rumah sewa. Kemudian barang diangkut dari Batang Kali ke Kuala Lumpur. Setelah tiba di IB, tugas seterusnya adalah memunggah barangan dari kereta ke bilik ^^. Terima kasih kepada roomate kerana sudi membantu. Malam pula bertolak balik ke kampung halaman. Dalam perjalanan menuju ke destinasi, berbagai dugaan yang perlu ditempuh. Terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di Lebuh Raya Persekutuan selama sejam. Mula-mula hendak ikut laluan terus ke Klang, tetapi bila fikirkan jalan yang sesak seperti ini, kepala pun dah mula jam sikit-sikit, maka laluan alternatif yang lain terpaksa digunakan.

Setibanya di Tanjung Karang, tiba-tiba terdengar satu bunyi yang pelik. Seperti orang sedang melibas kain. Makin lama semakin kuat. Macam dah dapat agak sahaja bunyi apa. Jadi kereta dihentikan di bahu jalan. Turun dari kereta, check semua tayar. Sahhhh... Tayar belakang pecah. Ya Allah.. Jam dah menunjukkan hampir pukul 11 malam. Apa lagi, kelam kabut membuka bonet kereta. Dalam hati “tayar spare elok ke???(xpernah check). Jeck kereta ada ke???” aduhai... check punya check, tayar elok, Alhamdulillah... Tapiiiii.... jeck pula tiada... Tak tahu apa yang henndak dilakukan, nak tahan kereta lain, takut pula... Maka ibu bapa juga tempat mengadu... Alahai... maaf ya bonda dan ayahanda.. Telah menyusahkan anda berdua..

Beberapa minit kemudian, ayahanda tiba dengan membawa jeck kereta. Maka aktiviti menukar tayar kereta pun berjalan dengan rancaknya. Alhamdulillah, selesai semuanya. Maka bertolaklah kami ke rumah.
*Pengalaman pertama menukar tayar kereta.

0 comments: