BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, April 16, 2011

Selesai semuanya..

Assalamualaikum wbt.


Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana masih memberikan nikmat iman, umur dan kesihatan yang baik kepada diri ini. Syukur.... Insya Allah, nikmat ini akan digunakan dengan sebaik yang mungkin untuk Islam..
Laporan seringkas-ringkasnya : ^^

Lega rasanya bila praktikal tamat.  Tetapi, rasa sedikit hambar apabila menjejakkan kaki ke IB. Tatkala melihat bangunan asrama 12 tingkat yang tersergam indah, bangunan pentadbiran 14 tingkat yang gah, blok-blok akademik, “rumah warden” padang, aduhai.... Lihat AMJAL lagi berselera.. Tahu AMJAL??? Akronim kepada “Anda Makan Jika Anda Lapar”, yelah tu, marah Pak Amjal nanti.. hu3.. (RESTORAN AMJAL).. Rasa macam tak mahu nak masuk kelas, pergi kuliah, belajar dan lain-lan. Nak mengajar....... hu3.. Rasanya mengajar ni lagi rileks daripada belajar walaupun pada hakikatnya mengajar itu adalah satu tugas yang sangat berat. Terima kasih daun keladi kepada seluruh warga Sekolah Kebangsaan Bandar Sungai Buaya, Rawang terutamanya kepada Ayahanda Guru Besar, Tuan Haji Hasim Bin Saleh kerana telah sudi menerima saya dan rakan guru pelatih yang lain untuk melaksanakan praktikum Fasa 1 ini. Ayahanda sungguh baik dengan kami. Terima kasih kepada cikgu-cikgu yang banyak memberikan kerjasama kepada saya dan rakan-rakan yang lain terutamanya kepada guru pembimbing saya, Puan Noraizah Binti Ramli (persis nama rakan sekelas). Akak (Puan Noraizah) banyak memberikan bimbingan, tunjuk ajar, nasihat dan sebagainya kepada saya. Maaf di atas segala kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri ini. Insya Allah, semua yang akak ajarkan akan saya aplikasikan sebaik yang mungkin. Terima kasih juga kepada guru-guru yang lain yang banyak memberikan sokongan dan kerjasama terutama kepada Cikgu Azlin, Ustazah Amny, Ustazah Sakinah, Cikgu Azni, Cikgu Faridah, Cikgu Azman, Cikgu Rahman, Cikgu Sidek, Cikgu Fadli, Cikgu Asri, Cikgu Faizal dan (Semua Guru SKBSB Yang Lain). Terima kasih CIKGU.. Terima kasih.. Terima kasih..  -_-


Hari-hari terakhir di SKBSB, seperti biasa pagi-pagi lagi sudah sampai ke sekolah, dalam pukul 6.48 pagi. Bacaan Yasin untuk murid tahun 6 pada jam 7 pagi di Dataran Iltizam dan perhimpunan pagi pula untuk murid tahun 1 hingga tahun 5 di Dataran Gemilang. Selepas selesai semua aktivti, masuk pula ke bilik guru untuk melengkapkan semua borang yang berkaitan dengan praktikum (kena tandatangan ayahanda) ^^. Selepas itu relief kelas. Tak jumpa pun murid-murid kelas 5 Zuhrah. Tepat jam 10.30 pagi, tibalah masanya. Masuk mengajar ke dalam kelas 5 Zuhrah sambil membawa satu balang coklat cadbury dan 3 kotak coki-coki untuk diberikan kepada semua murid-murid tercinta. Bukan rasuah ya, sebagai hadiah kepada mereka kerana telah lulus ujian lisan. Hari pengajaran yang terakhir,dengan tema Kepenggunaan dan kelas selama 1 jam 30 minit, saya mengajar tajuk TAMAK. Selepas itu buat teater pembaca. Akhir sekali tayang video AMALINA & video Ayah dan Ibu. Touching semua termasuk che’gunya (cikgu tak menangis ye). Bagi nasihat, motivasi dan sebagainya dengan harapan agar mereka mendapat santapan rohani yang sebaiknya. “Itulah hadiah yang mampu cikgu bagi kepada kamu semua sebelum cikgu meninggalkan kamu. Ingat segala pesan cikgu dan BUAT”. Puas rasanya kerana p&p kali ini berjalan dengan lancar. Rasanya seperti pengajaran yang terbaik pernah dilaksanakan. Alhamdulillah, walaupun sudah habis observe, namun perancangan dan pelaksanaan p&p perlu juga diteruskan. “Semuanya kena dapat 5A!!!”.

Al-Kisahnya bermula apabila kelas tamat. Tengah sibuk hendak mengemas barang, tutup LCD, komputer dan sebagainya, anak-anak murid yang “comel-comel” ni mulalah mengerumuni cikgunya, Aduhai... Bagi hadiah semuanya.. Terharu, serba salah hendak mengambilnya, macam-macam lagilah perasaan yang ada.. Terima sahajalah Cikgu Amirul (mungkin hari ini hari guru agaknya) ^^~ hari guru untuk guru praktikum.. Terima kasih kepada anak-anak murid sekalian. “Apa yang penting semua kena belajar rajin-rajin..” Dengan kamera dipegang oleh murid-murid, habis semua gambar diambil mereka. Macam-macam possing dibuatnya. “Cikgu dah upload gambar kamu, yang itu sahaja yang boleh ditayangkan. Yang lain tu gambar pelik-pelik. Kalau nak yang lain datang rumah cikgu ambil ye. Share dengan kawan-kawan yang tak ada FB”

Terima kasih semua. Terima kasih rakan-rakan praktikum, Cikgu Izudin(menantu ayahanda),  Cikgu Zaid (guru disiplin) dan Cikgu Ada.. hu3.. Yang terkahir dan teristimewa ~ Terima kasih kepada Puan Raja Rajeswari A/P Seetha Raman kerana sudi mencerap kami, membimbing kami walaupun hanya dua kali. Terima kasih kepada yang sudi berkongsi ilmu dan pengalaman. Terima kasih.

Pengalaman yang bermakna.
Kepada cikgu-cekgi-cokge SKBSB, jangan cakap apa2 ya tentang blog yang ini. Segan.. sya dah tulis nama anda, jd, kerja bersama-sama.. hu3..  ^^
Wassalam.

0 comments: