BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, April 18, 2011

Segalanya disandarkan kepadaMU..


Bismillahirrohmanirrohim....
Alhamdulillah, hari pertama di kampus, berjalan dengan lancar semuanya. Cuma tugasan assignment banyak yang tertangguh, semuanya kena disiapkan segera, (jangan jadikan praktikum sebagai alasan kamu ya, “tegas Dr Sabri”. Maaf Dr, Insya Allah, esok akan dihantar.. :) Minggu ini dengan berbagai-bagai assignment perlu disiapkan, lawatan ke ISN, BAM, Sek Sukan dan MSN.. Sabtu pula terlibat dengan Program Bakti Guru (PROBAG) di Kajang. Mudah-mudahan berjalan dengan lancar semuanya. Letih??? Alah bisa tegal biasa. Lumrah sebagai seorang pelajar. Jiwa kena kental. Biasalahkn... 
Duhai hati, baru sahaja diuji sedikit.... takut, resah, semuanya ada... Insya Allah, segalanya telah kusandarkan kepada Yang Maha Esa. Sememangnya rasa itu sentiasa ada dalam diri kita semua. Semoga dipermudahkan segalanya. Kita sering memburu cinta yang berbeza. Ada yang memburu cinta wanita, lelaki, harta, ilmu dan banyak lagi. Namun tahukah teman-teman sekalian, cinta apa yang tidak pernah mengecewakan kita semua?? Tahu?? Cinta Allah. Ya, cinta Allahlah yang layak dikejar. Insya Allah, dengan mencintai-Nya kita akan beroleh segala jenis kecintaan. Namun, terfikir juga akal ini tentang sejauh manakah agaknya cinta kita kepada Allah? Apabila kita mencintai Allah, hakikatnya kita akan akan memiliki segala-galanya. Inilah cinta yang tidak akan terpisah oleh ruang, jarak, masa, harta, kematian dan segalanya.

Antara petua-petua yang patut kita amalkan bagi merasai manisnya mencintai Allah.
  • Amalkan segala suruhan Allah dengan bersungguh-sungguh.
  • Melaksanakan amar makruf dan nahi munkar
  • Letakkan Allah sebagai prioriti dalam hidup dan dahulukan Allah dalam segala segala hal.
  • Sentiasa berdoa dalam setiap perbuatan
  • Redha atas segala ketentuan qadak dan gadar
  • Kerahkan semua anggota badan mentaati Allah, termasuk hati dan juga lidah.
  • Anggap dunia sebagai sebuah penjara. Abu Hurairah meriwayatkan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: " Dunia itu penjara bagi orang Mukmin dan syurga bagi orang kafir." Apakah bekalan yang biasanya dibawa balik oleh seorang banduan? Apakah dia mampu membawa harta kekayaan atau sijil yang mengiktiraf tahap inteleknya.? Banduan hanya mampu membawa keluar sama ada sikap lamanya atau sekepinh hati yang bersih.
  • Sentiasa memperbaharui cinta kepada Allah.
  • Seorang hamba yang betul-betul mencintai Allah akan jadi ibarat peniaga yang tamak, pantang ada peluang melakukan ibadah akan terus dilaksanakan tanpa tawar-menawar.
  • Pastikan cinta kepada ikhlas hanya semata-mata untuk mendapatkan keredhaanNya.
  • Jangan menganggap bahawa dengan amal ibadah semata-mata telah menyampaikan diri kita kepada cintaNya. Oleh sebab itu, pintalah daripada Allah cintaNya dan laksanakan amalan yang disukaiNya.
  • Cintailah apa sahaja yang disukai Allah dan bencilah apa jua yang dibenciNya.
Peringatan kepada diri. Semoga mendapat keredhaan daripadaNya.. Amin...

0 comments: