BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, April 5, 2011

Kuliah Palestine


Assalamualaikum..

Saya baru sahaja mendapat makluman dari saudari Solehah melalui FB.. Insya Allah, teman-teman sekalian, Selain daripada kuliah-kuliah harian yang dijalankan seperti biasa pada setiap malam selepas solat Fardhu Magrib, pada kali ini Surau At-Taqwa akan menganjurkan kuliah Palestin seperti ketetapan yang berikut :

Tarikh:28/4/2011 Khamis malam Jumaat
Tempat: Surau At-Taqwa IPG Kampus Bahasa Melayu
Masa : Selepas solat fardhu Magrib
Penceramah undangan : Saudara Akhi Azmi Khatiman 
(Peserta konvoi kemanusiaan Life line for Ghazzah) LL4G


Oleh yang demikian, muslimin dan muslimat sekalian dijemput hadir untuk mendengar ceramah tersebut. Sila hebahkan kepada teman-teman di sekitar Petaling Jaya, Kuala Lumpur dan komuniti masyarakat seluruhnya. Insya Allah, bukan isu tentang Palestin sahaja yang akan dikupas, malah isu yang melibatkan umat Islam seluruhnya. Suburkanlah rasa rindu dan cinta anda kepada Masjidil Aqsa dan rasa ingin membantu rakyat Palestin. Sebarang pertanyaan, anda boleh merujuk kepada Ahli Kelab Rakan Islah IPG Kampus Bahasa Melayu.

Wassalam...

0 comments: