BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, April 22, 2011

Lawatan Ke Agensi Sukan

Assalamualaikum....

Diharapkan teman-teman semua sihat sejahtera... Alhamdulillah, pada 20-21 April yang lalu, saya telah berkesempatan melawat beberapa agensi sukan melalui Program Lawatan Sambil Belajar Ke Agensi Sukan yang telah dianjurkan oleh Unit PISMP 5D dan 5E (BM/PJ/Persuratan Melayu) IPG Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Syukur kepada Allah, kerana semua aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar. Pada asasnya, lawatan ini sebenarnya bertujuan untuk melengkapkan silibus yang terdapat dalam subjek elektif 1 (Pengurusan Dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani Dan Sukan) khusus bagi pelajar semester 5 (IPG) yang mengambil minor PJ. Kepada anda yang di sebelah sana, telah melaksanakan program lawatan ini sebelum praktikum, dipihak sini pula baru sahaja selesai melaksanakan program ini. Ada 4 agensi sukan yang menjadi pilihan kami untuk dilawati iaitu lawatan ke Pusat Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, lawatan ke Unit Kejurulatihan Sukan Dan Kokurikulum Bahagian Pendidikan Guru (BPG) Putrajaya, lawatan ke Sekolah Sukan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu SSNW (SMK) Seri Titiwangsa dan lawatan ke Persatuan Badminton Malaysia (Badminton Association of Malaysia “BAM”). Alhamdulillah, Banyak pengalaman dan pengetahuan yang berharga yang dapat dikutip daripada keempat-empat siri lawatan ke agensi sukan ini. Walaupun kebanyakan tempat yang dilawati berhampiran dengan IB sahaja (contohnya BAM di Bukit Kiara), namun selama empat tahun bermastautin di tengah-tengah kota metropolitan ini, tidak pernah sekalipun menjejakkakan kaki ke tempat-tempat tersebut. Itulah untungnya masuk maktab menjadi cikgu.. ^^ rezeki...
Pusat Sukan UKM, Bangi
Bahagian Pendidikan Guru, Putrajaya
 Sekolah Sukan Wilayah Persekutuan (SMK) Seri Titiwangsa, KL
Persatuan Badminton Malaysia, Bukit Kiara

Untuk lawatan ini, saya telah diserap ke dalam Jawatankuasa Tugas-Tugas Khas. Bunyi macam gahkan... Jawatankuasa ini berfungsi untuk mengendalikan majlis ketika berada di tempat/agensi yang dilawati. Tugasnya adalah mengacara majlis, mengetuai bacaan doa dan memberikan ucapan sebagai wakil pelajar. (lepas ni mohon bagi tugas yang lain ya). Sebenarnya, objektif program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran merancang, mengurus, mengelola serta mengaplikasikan pengetahun sebagai guru pelatih dalam mengendalikan atau merancang sesuatu program selain dapat menimba pengalaman dan pengetahuan ketika melawat agensi-agensi sukan yang telah dipilih.

Lawatan yang pertama adalah lawatan ke Pusat Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang terletak di Bangi. Pertama kali menjejakkan kaki ke bumi UKM sebenarnya. Luas.... besar sedikit daripda UM dan kecil sedikit daripada UPM. Macam mana tu?? Hu3.. Berada di Pusat Sukan UKM sangat seronok. Bermacam-macam perkara yang dibincangkan. Seperti biasa, kedatangan kami disambut dengan baik oleh pegawai dan kakitangan di situ. Semasa di UKM, kami didedahkan tentang bagaimana pengurusan dan pengelolaan yang dilaksanakan diperingkat IPTA khusunya di UKM. Semua penerangan yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran sukan UKM disampaikan sendiri oleh pegawai kanannya, iaitu En Wahab Bin Hashim. Pusat sukan di UKM asalnya terletak dibawah Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan dikenali dengan nama unit sukan UKM. Namun kini unit ini diberikan kebebasan untuk berdiri dengan sendiri bagi mengurus hal yang berkaitan dengan sukan UKM dan diberikan nama baru yang kini dikenali sebagai Pusat Sukan UKM. Pengarah pusat sukan ini bernama Dr Tajol Ariffin dari Fakulti Pendidikan UKM dan pusat sukan ini terdiri daripada 5 unit (macam pentadbiran yang biasa). Saya sebenarnya tertarik dengan slot yang berkaitan dengan penyediaan atlet dan pengurusan kewangan pusat sukan. Dari segi pengurusan atlet, Pusat Sukan UKM sendiri mempunyai ahli seramai 21,000 orang. Belum lagi dicampur dengan jumlah pelajar UKM yang tidak mendaftar di Pusat Sukan. Ramai, sangat ramai.. Jadi tidak hairanlah jika berlaku persaingan yang sangat sengit dalam usaha pelajar untuk terpilih ke peringkat yang tertinggi untuk mewakili IPT mereka khususnya di UKM sendiri. Jika hendak dibandingkan dengan IPG, alahai.. 21,000 itu seperti gabungan 27 kampusnya di seluruh Malaysia. (ramai juga).. ^^ Dari segi peruntukan pula.. Subhanallah... Banyaknya tak terkata.. Kalah IPG yabg berada dibawah Kementerian Pelajaran. Peruntukan untuk pelajar di IPT melimpah ruah. Tidak mahu cerita berapa namun peruntukannya dilihat mampu menampung semua kos yang diperlukan dalam mengurus dan mengelola segala aktiviti sukan bertaraf (mega) yang telah dirancang oleh pihak Pusat Sukan IPT. Kalau hendak mewakili IPT ke “level” yang tinggi pun disediakan peruntukan. Peralatan sukan pula, silih berganti. Rosak sahaja, cepat sahaja dapat yang baharu. Keluar sahaja “brand” alatan sukan yang baharu, terus sahaja tempah. Peruntukan itu sentiasa ada. Amatlah rugi kepada pelajar yang tidak mengambil kesempatan diwaktu belajarnya untuk terlibat aktif dalam sukan. Segalanya ditangan anda. Andai kata peruntukan yang sebegini besar diberikan kepada guru pelatih di IPG khususnya kepada JPP untuk menggerakkan aktivti pelajar, alangkah bahagianya.. ^^

 Stadium Mini
 Stor Peralatan
Unit Pinjaman Peralatan

Seterusnya, kami bertolak ke Putrajaya untuk melawat ke agensi sukan yang seterusnya. Namun demikian, disebabkan masa masih awal, maka kami telah singgah ke ALAMANDA PUTRAJAYA untuk berehat sebentar bersama-sama dengan>>>>>>>>>>>bowling. Ya, bowling! Disebabkan waktu untuk ke BPG masih awal iaitu berbaki 3 jam lagi sebelum majlis yang rasmi bermula, maka kami telah berhenti di Alamanda. Macam-macam yang dilaakukan di sana. Ada yang mengambil kesempatan ini untu bergambar, bermain bowling, ke MPH Bookstore, makan dan bermacam-macam lagi. P******* sendiri pun sporting, join sekali main bowling, siap belanja lagi anak buahnya. TK... ^^ Selesai sahaja solat, makan dan sebagainya di Alamanda, maka kami berjalan kaki terus ke Unit Kejurulatihan Sukan Dan Kokurikulum Bhagaian Pendidikan Guru (BPG) yag terletak bersebelaan sahaja dengan Alamanda. Semasa di sana, kami telah diberikan taklimat oleh Dr Haji Zainal A’alam merangkap Penolong Ketua Pegarah Bahagian Unit Kejurulatihan Sukan dan kokurikulum BPG. Banyak pengalaman yang dikongsikan beliau berkaitan dengan bidang perguruan, IPG, dan bidang sukan dan kejurulatihan. Unit ini mempunyai seramai 12 orang pegawai (semuanya cikgu). Unit ini berfungsi untuk mengurus latihan kepada semua guru dalam perkhidmatan khususnya latihan yang berkaitan dengan kejurulatihan sukan dan kokurikulum sahaja. Banyak juga rupanya kursus yang dianjurkan oleh pihak BPG, itupun sebenarnya ramai dalam kalangan guru yang sudah bekerja mengeluh kerana asyik diberikan kursus sahaja. Mungkin ada masalah lain yang timbul dalam kalangan mereka yang saya sendiri pun tidak pasti apa, tetapi tidak boleh salahkan mereka seratus peratus. Adalah tu masalahnya, cthnya, kadangkala guru yang dipanggil untuk berkursus itu balik-balik asyik muka yang sama sahaja yang kena. Kadangkala dialah cikgu yang bertugas untuk bawa pelajar bersukan, uruskan sukan sekolah, buat soalan pperiksaan, jadi panel jurulatih pertandingan dan sebagainya sampai pergi kursus pun pihak sekolah minta guru yang seperti ini pergi. Bukan apa, manusia, banyak manalah kudratnya yang ada untuk dibahagi-bahagikan dengan semua aktivti dan tugas yang ada di sekolah. Mereka nak juga berehat dan berada dirumah bersama anak-anak (ecececehh.. mcm expert sgt) tp, itulah realitinya yang berlaku ketika ini. Baiklah, berbalik kepada topik, peluang untuk guru mengikuti kursus kejurulatihan sebenarnya terbuka luas. Ada juga yang kata kalau cikgu baharu ni tak boleh pergi kursus itu, kursus ini ambil sijil kejurulatihan itu, ini. Tidak, salah sebenarnya semua tanggapan tu. Dari pihak BPG sendiri, mereka mengatakan bahawa, tidak kira sama ada guru itu guru baharu atau lama, ada kepakaran atau tiada, ada pengalaman atau tiada, selagi mana mereka mahu menambah pengetahuan dan pengalaman dalam bidang sukan, jika ada sebarag kursus yang hendak diikuti oleh mereka terutamanya yang melibatkan sukan dan kejurulatihan, maka penyertaan mereka itu terbuka luas dan amatlah dialu-alukan. Semasa berada di unit ini, kami sempat diterangkan oleh pegawai sukan BPG tentang dasar “1 Murid 1 Sukan”.

 Dr Zainal A'alam
 Penyampaian Cenderahati dr pihak IPG KBM kepada BPG
Ametkah?? ^^

Pada 21 April pula, kami kami telah melawat dua tempat/agensi sukan. Pada sebelah pagi kami ke Sekolah Sukan Wilayah Persekutuan (SMK) Seri Titiwangsa (KL), manakala pada sebelah petangnnya pula kami telah ke Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang terletak di Bukit Kiara (belakang IB jiran INTAN dan Pusat Sains Negara). Agensi yang pertama ialah ke Sekolah Sukan Wilayah. Terletak di Jalan Temerloh, KL, sekolah ini ditubuhkan secara rasminya pada 1 Mac 2010. Sekolah ini dipilih menjadi sekolah sukan negeri kerana kedudukannya yang strategik dan mempunyai infrastruktur yang sukan yang lengkap dan persekitaran yang sesuai. Oleh sebab sekolah sukan ini masih lagi baharu, maka sebagai permulaan, 5 jenis sukan yang uatam telah diwujudkan seperti sukan bola sepak, bola jaring, hoki, olahraga dan sepak takraw. Walaupun sekolah ini masih baharu, namun ramai dalam kalangan pelajarnya sudah menempa nama di peringkat antarabangsa dengan pencapaian-pencapaian yang membanggakan terutamanya dalam sukan bola jaring dan sepak takraw. Insya Allah, dalam perancangan hendak mengadakan perlawanan persahabatan bola sepak antara IPG Kampus Bahasa Melayu dengan SSWP (SMK) Seri Titiwangsa. ^^ Bagaimana ya jika saya mahu masuk mendaftar sebagai salah seorang warga sekolah ini?? seperti biasa, jika anda mahu mendaftarkan diri ke sekolah ini sebagai pelajar, kenalah pernah mewakili negeri ke peringkat kebangsaan (paling kurang) terutamanya dalam 5 sukan yang ditawarkan di sekolah ini dan anda cemerlang dalam sukan yang anda ceburi. Kadangkala, ada juga pelajar yan dipilih melalui sesi pemilihan yang diadakan oleh sukan masing-masing di peringkat tertentu untuk mengenal pasti bakat pelajar yang tidak pernah mewakili negeri dan sebagainya. Jika mahu masuk menjadi guru, boleh sahaja, tetapi lebih cerah peluang anda jika anda mempunyai sijil kejurulatihan dalam bidang sukan dan anda aktif falam bidang sukan. Terjumpa Sir Alex di sekolah ni. Dulu masa foundation programme pernah mengajar olahraga di IB. Sekarang Sir Alex bertugas di sekolah ini sebagai guru Bahasa Inggeris dan jurulatih sepenuh masa. Sir Alex ni sangat pakar dalam bidang olahraga dan ada Diploma of IAAF (dalam bidang sukan).. Fuh... ^^
 
En Alex
 
Beramah mesra dengan pelajar SSWP
 Pusat Skuasy
 Menarik.. ^^

Seterusnya kami melawat ke Persatuan Badminton Malaysia “BAM”. Harapan untuk bertemu dengan sahabat lama iaitu Dato’ Lee Chong Wei (yeke???????????) hu3, tidak kesampaian kerana petang itu dia tak training di Stadium Juara. Namun tidak mengapa, dapat juga bertemu dengan Yap Kim Hock (jurulatih bergu kebangsaan dan bekas pemain kebangsaan).. Sangat3lah banyak maklumat yang diperoleh daripada lawatan di BAM ini terutamanya desas desus dan berita-berita panas yang berkaitan dengan BAM seperti masalah-masalah pemain dan jurulatih (Misbun). Semuanya diterangkan sendiri oleh pengurus pentadbiran BAM yang sangatlah baik, iaitu Tuan Haji Ahmad Bin Mohd Idris. Terima kasih tuan kerana banyak menyampaikan input-input yang sangat berguna kepada kami guru pelatih IPG KBM terutamanya tentang kejurulatihan badminton serta organisasi BAM yang saya rasa penerangannya tentang BAM kepada kami sangatlah mendalam. Terima kasih banyak-banyak. Sekarang ni BAM beribu pejabat di Bukit Kiara, kalau anda tahu Stadium Juara Bukit Kiara, disitulah BAM. Tempat latihan pemain kebangsaan, pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil dan sebagainya dibuat di situlah.
Cukup sekadar di sini sahaja pengalaman yang dapat dikongsikan. Kalau mahukan lebih lagi, saya anjurkan anda (promote) datanglah ke agensi-agensi sukan yang terbabit, tidak kisah agensi apapun. Banyak pengetahuan yang diperolehi jika kita melaksanakan program yang sebegini. Insya Allah, jika niat kita baik, segalanya akan dipermudahkan oleh Allah. Yang penting kena ada usaha dan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan sesuatu program mahupun aktiviti. Insya Allah, berlatih dan belajar sebanyak yang mungkin selagi diri masih bergelar pelatih. Orang europe yang putih-putih macam albino tu kata (suka2 je) practice makes perfect.. tapi tak berapa nak tepat sebenarnya. Kalau sesorang tu practice perkara yang elok, maka ia akan menjadi semakin baik dengan perkara yang elok tu.. kalau practice yang bukan-bukan, macam mana???? Terbukti practice does'nt make perfect, Akim Mubarak (2011).. (ada rujukan lagi) ^^
~Practice makes permanence. You practice to make something permanent. p/s : better..
Berjumpa lagi... Insya Allah..
Wassalam...

0 comments: