BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, April 9, 2011

Hari sabtu hari sekolah.. ^_^

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, syukur kupanjatkan kepada Allah SWT kerana dengan rahmat dan kurniaNya, Ia masih memberikan kesihatan yang baik kepada diri ini dan dipanjangkan umur. Insya Allah, akan kuteruskan kehidupan ini dengan mengabdikan diri hanya untukNya.. Cuba untuk mempertingkatkan amalan-amalan yang lebih mendekatkan diri dengan Sang Pencipta.. Memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri.. Pesanannya pasti diingati hingga ke akhir hayat..

Setelah 3 minggu berlalu, praktikum bagi fasa 1 menghampiri ke penghujungnya. Ada seminggu lagi masa untukku terus berlatih menjadi seorang guru. Alhamdulillah, Sekolah Kebangsaan Bandar Sungai Buaya  SKBSB (Rawang) banyak memberikan pengalaman yang sangat berharga. Pengalaman untuk mempersiapkan diri menjadi insan yang bergelar “GURU”. Bukan mudah rupanya untuk menjadi guru yang benar-benar guru. Guru yang bukan sahaja sekadar mengajar, tetapi mendidik anak muridnya. Beza rupanya mengajar dan juga mendidik. Sebelum ini, diri ini sering berfikir bahawa kerjaya seorang guru ini adalah sangat mudah. Namun setelah merasai pengalaman menjadi guru praktikum walaupun selama 3 minggu, banyak dugaan dan cabaran yang perlu ditempuhi. Perit dan penat. Ini baru sahaja menjadi guru praktikum, belum lagi menjadi guru yang sebenar. Namun, cabaran-cabaran inilah yang sebenarnya mematangkan dan memberikan diri ini semangat untuk terus menimba pengalaman sebagai seorang guru. Kalau boleh hendak dicuri semua pengalaman yang ada pada semua guru di SKBSB ini. Terima kasih kepada semua warga SKBSB terutamanya kepada guru-guru kerana banyak memberikan nasihat, bimbingan dan tunjuk ajar tatkala diri ini masih lagi merangkak untuk mengenal dunia seorang pendidik.



                Banyak yang hendak dikongsikan tentang apa yang berlaku disepanjang 3 minggu berpraktikum di sini. Dari masalah rumah sehingga ke sekolah. Bermacam-macam perkara terjadi terutamanya pada minggu yang pertama. Dugaan semasa praktikum. Namun saya dan rakan-rakan praktikum yang lain tetap menghadapinya dengan penuh kesabaran. Bermula dari menyewa sebuah rumah di kawasan berhampiran sekolah, sehingga terpaksa menyewa sejauh 28 kilometer dari sekolah, iaitu di Bandar Baru Batang Kali. Setiap pagi bangun seawal jam 5 pagi untuk mempersiapkan diri ke sekolah. Tepat jam 6.20 pagi, kereta mesti sudah bergerak menuju ke Bandar Sungai Buaya. Tiba di sekolah pula tepat jam 6.50 pagi. Beginilah rutin seharian guru-guru praktikum SKBSB ini. Pada mulanya agak sukar untuk kami membiasakan diri dengan keadaan seperti ini. Namun bila masing-masing membuat refleksi diri di rumah, barulah kami menerima situasi seperti ini dengan hati yang terbuka dan “KENA” juga membiasakan diri dengan keadaan sekarang. Nak jadi guru, biasalah.. Disebabkan perselisihan faham antara tuan rumah, orang tengah dan kami, maka terpaksa kami mencari rumah sewa yang lain. Sukar untuk mencari rumah untuk disewa selama sebulan. Rata-rata tuan rumah di kawasan Bandar Sungai Buaya ini hanya memberikan sewa kepada penyewa yang mahu menyewa rumah mereka dalam tempoh sekurang-kurangnya 3 bulan. Tidak mengapalah, rezeki kami menetap di Bandar Baru Bantang Kali walaupun jarak (MASA) perjalan dari rumah ke sekolah adalah selama 30 MINIT.. Banyak hikmah duduk di Batang KalI sebenarnya. ^^




                Untuk program dan aktiviti di sekolah disepanjang saya melaksanakan praktikum di sekolah ini akan saya kongsikan di episod yang seterusnya. ^^. Pada hari ini, Sabtu 9 April 2011, kami semua guru praktikum SKBSB telah hadir ke sekolah dengan hati yang sangat RELA walaupun sepatutnya cuti. Namun, demi Kem Ibadah yang dianjurkan oleh pihak sekolah, maka kami turut hadir bagi melancarkan lagi program yang telah dirancang oleh pihak sekolah ini. Pada hari ini kami semua telah mejadi ustaz secara tidak rasminya selama satu hari.. he3... (Bukan cerita ustaz Amirul) itu lain....

                Macam-macam yang diajarkan kepada murid-murid tentang ibadat. Dari cara mengambil wuduq, hafazan,solat dan pelbagai lagi. Kebetulan saya mendapat kelas 5 Zuhrah (kelas sendiri) untuk mengajar dan membimbing mereka untuk kem Ibadah pada kali ini. Macam-macam yang dibuat kepada mereka. Program Ibadah ini dijalankan mengikut modul yang telah dibina oleh guru-guru dari Panatia Agama Islam SKBSB. Kalau hendak diikutkan , kelas saya ni habis silibus awal sejam,. Tak tahu apa yang hendak dilakukan kepada mereka, jadi saya memberikan sedikit motivasi kepada mereka berkaitan dengan ibadah dan perjalanan hidup manusia yang bergelar pelajar. (aplikasi kem motivasi yang pernah diikuti semasa sekolah). beruntung juga pernah menjadi fasi semasa di maktab dan di sekolah...^^

                Kelas 5 Zuhrah ni riuh sedikit muridnya. Jadi saya terpaksa melakukan pelbagai aktiviti yang menarik terutama yang melibatkan komunikasi agar mereka tidak jemu untuk belajar. Insya Allah, sedang cuba pelbagai teknik untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas berjalan dengan lancar. Sokongan dan tunjuk ajar dari semua pihak amat dialu-alukan. Berikanlah tunjuk ajar dan teguran yang membina kepada insan ini.
p/S : Hari Isnin ni sekolah menjadi tumpuan, News Straits Times, Berita Harian, Nestle datang.. Insya Allah, masuk TV dan Paper tu sudah tentu... get ready guys... :)
Sekian, Futsal time.... ^^

Wassalam..
               


0 comments: