BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, March 19, 2011

Kata-kata terakhir.


Bismillahirrohmanirrohim..

Tengahari ini akan berangkat pulang ke IPG tercinta. Ya Allah, sekajap sahaja masa berlalu. Hari isnin sudah ke sekolah untuk melaksanakan praktikum fasa pertama. Jujurnya hati ini sungguh berdebar-debar. Diri ini sedar betapa besarnya tanggungjawab yang perlu dipukul untuk menjadi seorang guru. Kugagahkan jua. Untuk guruku yang berada dirumah ini (ayahanda dan bonda), terima kasih di atas segala nasihat dan tunjuk ajar anda. Insya Allah segala tips yang telah diberikan akan digunakan oleh anakmu ini semasa mengajar nanti. Teringin menjadi guru seperti anda berdua. Sebelum berpisah dan berpraktikum, diri ini menyusun jari sepuluh memohon sejuta kemaafan kepada semua sahabat, teman seperjuangan mahupun kenalan andai diri ini melakukan kekhilafan disepanjang perjalanan hidup ini bersama dengan anda semua. Mohon dihalalkan makan, minum, ilmu dan sebagainya. Moga mendapat rahmat dan redha Allah. Insya Allah.

Kepada rakan-rakan PISMP semester 5, selamat berpraktikum untuk anda. Buat teman-teman PISMP 5D, ingat pesanan ibu anda semasa tutorial itu. Kepada teman yang menyewa diluar di sepanjang praktikum ini, jagalah diri anda baik-baik sepanjang sebulan ini. ^_^.

Insya Allah, sebelum melangkah pulang ke maktab a.k.a rumah sewa di Rawang (sekejapnya berada dirumah, hu3) pagi ini akan ke rumah sahabat yang akan melangsungkan perkahwinannya bersama dengan pilihan hatinya. Kedua-duanya sangat secocok, sama padan, bagai pinang dibelah dua. Hu3. Mereka ni berkenalan semasa berada di Uitm. Kedua-duanya bakal peguam (kerjaya yang sama ya). Alhamdulillah, akhirnya perkenalan mereka ini sampai ke jinjang pelamin. Moga bahagia hingga ke akhir hayat. ”Dikawini wanita kerana empat perkara. Pertama kerana hartanya, kedua kerana keturunannya, ketiga kerana kecantikannya dan keempat kerana agamanya, Maka pilihlah kerana agamanya nescaya engkau akan beruntung”. Semoga dipermudahkan urusan itu untukku. Amin.. ^_^

Wassalam.

0 comments: