BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, March 27, 2011

Rebutlah..

Bismillahirrohmanirrohim...
Assalamualaikum wbt...



Makluman.. Majlis ilmu di Masjid Shah Alam dan Pusat Kesenian Islam ( Yayasan Restu). Pada Yang mampu rebutlah peluang ini..Ceramah yang diberi.. InsyaAllah dapat memberi pedoman buat kita menambah ilmu..

1)Bicara Addin pada Setiap Sabtu di Dewan Serbaguna Masjid Shah Alam, Bermula Pada 6.45am - 8.00am

2)Program Ceramah Mingguan PROMISE di Perkarangan Perpustakaan Negeri Selangor setiap Sabtu dari Pukul 9.00am-11.30am.

3)Kuliah Agama di Pusat Kesenian Islam ( Yayasan Restu ) Shah Alam, Kuliah Dosa2 Besar Dan Kuliah Bab Solat ,La Tahzan,55 kesalahan dalam membaca fatihah,Bahasa Arab,kuliah tafsir AL-Quran, setiap hari dari Isnin hingga Jumaat, dari.Jam 9.30am -11.30am

4) Kuliah Tasawuf Kitab Al Hikam, Oleh Ustaz Dasuki, Setiap Khamis dari jam 10.00- 11.30 am Di Dewan Solat Bawah.

5) Kuliah Subuh dan Kuliah Maghrib, Setiap hari di Masjid Shah Alam di Dewan Solat Utama

6)Solat Jumaat (Terbuka untuk wanita juga) di Masjid Shah Alam, Pada Setiap Jumaat di Dewan Solat Wanita Di Tingkat 2 Dewan Solat Wanita.

Rebutlah peluang selagi nyawa dikandung badan...
sebar-sebarkan..

Saturday, March 26, 2011

Praktikum

Asslamualaikum...

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah kerana praktikum fasa 1 bagi minggu pertama sudah berakhir. Ada 3 minggu lagi laluan yang perlu ditempuh. Minggu depan dah kena observe. Sebenarnya banyak yang hendak dikongsikan bersama dengan teman-teman sekalian tentang perjalanan dan pengalaman diri ini berpraktikum di SK Bandar Sungai Buaya. Banyak kisah suka dan duka yang dilalui walaupun usia praktikum fasa satu ini baru sahaja seminggu. Insya Allah, selepas praktikum nanti akan dikongsikan bersama.Seronok berada di Rawang-Bukit Beruntung-Batang Kali. Rumah dekat dengan ULU Yam dan Genting lagi. 15 minit sahaja perjalanan.

Sedang menyiapkan rph ke-4 untuk minggu kedua. Tetapi terhenti seketika tatkala tajuk rph yang hendak dibina adalah ~demam denggi. Ya Allah, permudahkan segalanya. Amin..

~teringin hendak ke hospital sungai buloh (ICU). Sekurang-kurangnya dapat menenangkan hati ini. Insya Allah, semangat baharu bersama anak-anak (adik agknya) murid 5 Zuhrah! ^_^

wassalam..

Sunday, March 20, 2011

Tertinggal sesuatu di rumah.


Bismillahirrohmanirrohim...

Sedang asyik menyiapkan tugasan, berkemas untuk masuk ke rumah sewa esok dan sebagainya, tiba-tiba tersedar sesuatu. Rasanya tertinggal barang yang sangat penting untuk praktikum nanti. Bukan satu, tetapi dua. Istighfar ya diri. Mahu atau tidak, menjelang subuh ini terpaksa berpatah balik dari IB ke (rumahku syurgaku) untuk mengambil barang tersebut. Demi praktikum, gelap gelita alam ini sanggupku redahi.. hu3.. Semoga segala urusan dipermudahkan-Nya. Amin..
*mahu mengambil kesempatan ini untuk singgah di suatu tempat..

Saturday, March 19, 2011

Kata-kata terakhir.


Bismillahirrohmanirrohim..

Tengahari ini akan berangkat pulang ke IPG tercinta. Ya Allah, sekajap sahaja masa berlalu. Hari isnin sudah ke sekolah untuk melaksanakan praktikum fasa pertama. Jujurnya hati ini sungguh berdebar-debar. Diri ini sedar betapa besarnya tanggungjawab yang perlu dipukul untuk menjadi seorang guru. Kugagahkan jua. Untuk guruku yang berada dirumah ini (ayahanda dan bonda), terima kasih di atas segala nasihat dan tunjuk ajar anda. Insya Allah segala tips yang telah diberikan akan digunakan oleh anakmu ini semasa mengajar nanti. Teringin menjadi guru seperti anda berdua. Sebelum berpisah dan berpraktikum, diri ini menyusun jari sepuluh memohon sejuta kemaafan kepada semua sahabat, teman seperjuangan mahupun kenalan andai diri ini melakukan kekhilafan disepanjang perjalanan hidup ini bersama dengan anda semua. Mohon dihalalkan makan, minum, ilmu dan sebagainya. Moga mendapat rahmat dan redha Allah. Insya Allah.

Kepada rakan-rakan PISMP semester 5, selamat berpraktikum untuk anda. Buat teman-teman PISMP 5D, ingat pesanan ibu anda semasa tutorial itu. Kepada teman yang menyewa diluar di sepanjang praktikum ini, jagalah diri anda baik-baik sepanjang sebulan ini. ^_^.

Insya Allah, sebelum melangkah pulang ke maktab a.k.a rumah sewa di Rawang (sekejapnya berada dirumah, hu3) pagi ini akan ke rumah sahabat yang akan melangsungkan perkahwinannya bersama dengan pilihan hatinya. Kedua-duanya sangat secocok, sama padan, bagai pinang dibelah dua. Hu3. Mereka ni berkenalan semasa berada di Uitm. Kedua-duanya bakal peguam (kerjaya yang sama ya). Alhamdulillah, akhirnya perkenalan mereka ini sampai ke jinjang pelamin. Moga bahagia hingga ke akhir hayat. ”Dikawini wanita kerana empat perkara. Pertama kerana hartanya, kedua kerana keturunannya, ketiga kerana kecantikannya dan keempat kerana agamanya, Maka pilihlah kerana agamanya nescaya engkau akan beruntung”. Semoga dipermudahkan urusan itu untukku. Amin.. ^_^

Wassalam.

Friday, March 18, 2011

Tahniah Kepada Anda Semua.. ^_^


Lokasi : Putrajaya International Convention Centre PICC


                                  

Assalamualaikum... Alhamdulillah, selesai juga akhirnya Istiadat Konvokesyen bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ambilan Januari 2007. Konvokesyen PISMP IPGM ini telah diadakan pada 15 hingga 17 Mac 2011 di PICC, Putrajaya. Konvokesyen ini menganugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perguruan kepada semua graduan SULUNG PISMP IPG. Tahniah kepada abang dan kak long IPG, ^_^. Saya akui bahawa kenangan konvokesyen ini tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Tangisan kegembiraan, sorakan, ketawa, riang ria menyelubungi semua graduan. Kegembiraan jelas terpancar di wajah mereka. Gembira melihat mereka mengenggam segulung ijazah setelah 5 ½ tahun mengabdikan diri di IPG seluruh Malaysia bagi melengkapkan segala imu berkaitan dengan pendidikan. Tidak sabar menunggu giliran diri ini untuk mengenggam segulung ijazah seperti mereka. Sabar ya hati.. 2 tahun sahaja lagi. Teruskan perjuanganmu. Masih banyak yang perlu dipelajari. ^_^
 


Untuk pengetahuan teman-teman sekalian, konvokesyen ini melibatkan seramai 1987 graduan daripada 15 major yang berlainan dari IPG seluruh Malaysia dan mereka semua telah pun menerima ijazah masing-masing. Konvokesyen kali ini dijalankan dalam empat sidang. Sidang pertama disempurnakan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran. Sidang kedua pula disempurnakan oleh YB Timbalan Menteri Pelajaran II. YB Timbalan Menteri Pelajaran I merasmikan sidang ketiga, manakala Y.Bhg KPPM menyempurnakan sidang keempat. Untuk konvokesyen ini, saya ditugaskan dibahagian disiplin dan keselamatan para graduan. Alhamdulillah, rezeki Allah.. Berikan saya peluang untuk mendekati abang2 dan kakak2 sulung keluaran IPG. Dapat jugalah saya berkenalan dengan beberapa orang daripada graduan. Macam-macam yang dikongsikan mereka. (mengambil aura sebenarnya).. walaupun bukan diri ini yang berkonvo, tetapi rasa seperti...... tak terkata... hu3..


 Antara teman yang turut serta sebagai AJK.. trmsuk adik junior yang... entahla.. hu3..




Tahniah Amar! Antara senior yang banyak memberikan tunjuk ajar..

Kepada graduan IPG Kampus Bahasa Melayu, Major Bahasa Melayu dan Major Pra Sekolah, tahniah saya ucapkan kepada anda semua. Bekenalan dan bersama anda selama 3 ½  tahun disepanjang saya di maktab ini adalah sangat manis dan berharga. Bertuah rasanya dapat bersama dengan kalian. Doa saya agar kalian dapat menjadi guru yang terbaik bagi melahirkan bukan sahaja manusia yang cemerlang dalam akademik, tetapi juga cemerlang dari segi sahsiah dan AGAMANYA, (Generasi Ulul Albab hendaknya) Amin...  Kepada Amar, Wan Afindy dan Kak Tiqa. Terima kasih di atas segala jasa anda kepada saya disepanjang menjadi JPP. Tahniah sekali lagi dari saya. *semua posting dekat2 sahaja dengan KL, bolehlah nak bertandang ke rumah anda bulan 4 ni.. (gaji masuk) he3..

Semasa konvokesyen berlangsung, di luar dewan terdapat banyak gerai yang menjual pelbagai hadiah, cenderamata dan makanan untuk hadirin yang hadir. Saya tertarik dengan gerai cenderamata yang menjual pelbagai jenis bunga dan anak patung istimewa untuk dihadiahkan kepada para graduan. Mana tidaknya, cenderamata seperti itu hanya dapat dilihat pada hari konvokesyen sahaja. Semua cantik-cantik belaka dan dijual dengan harga yang berpatutan (walaupun mahal sedikit), hi3.. Tidak mengapa, untuk hari yang istimewa seperti majlis konvokesyen ini, berbaloi juga jika membelinya (kan2 ;-) ), Insya Allah, dua tahun lagi (walaupun mungkin ada yang memberi kepada diri ini) tetapi memang kena beli satu juga nampaknya. ^_^

p/s : Pengorbanan masa cuti yang bermakna.. Dpt berjiran dengan KDC.. hu3.. sunyi sepi asrama waktu malam..
PICC, Insya Allah, 2013 berjumpa lagi sebagai graduan pula.
Semoga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki oleh Allah..
Tahniah!! ^_^ Wassalam..

Sunday, March 13, 2011

Kenapa Perlu Berusaha Sedangkan Semuanya Telah Ditentukan?


Assalamualaikum..

Selamat pagi dan selamat bercuti kepada semua khususnya warga IPG seluruh Malaysia. Kepada yang baru sahaja menamatkan pbs/sbe anda, semoga mendapat sesuatu yang bermakna sebagai seorang guru pelatih. Kepada teman-teman yang sedang berpraktikal di sekolah, cuti sekolah ini dapatlah anda semua berehat ya.. he3.. Dannnn.. yang terakhir, kepada teman-teman PISMP semester 5, nikmatilah minggu terakhir anda sebelum anda berpraktikum selepas cuti ini.. he3.. (dup dap dup dap jantungku).. Insya Allah, SK Bandar Sungai Buaya menjadi tempat persinggahan selama sebulan untuk menimba ilmu dan pengalaman sebelum ditauliahkan sebagai seorang kakitangan awam yang bergelar "GURU". (macamlah praktikum ni yang terakhir wahai A.Hakim..... ini baru yang pertama, berangan saja) hu3.. Terima kasih kepada Puan Raja Rajeswari A/P Seetha Raman kerana sudi menjadi pensyarah pembimbing saya. Nampaknya kena berpuisilah hari-hari.. he3.. Ilmu2..

Hari ini selepas menyiapkan beberapa tugasan, maka saya mengaktifkan dunia on9 seperti biasa. hu3..  Baca itu, baca ini, pelbagai topik yang dibaca. Bermula dari akhbar, blog-blog, laman sosial dan sebagainya. Sedang asyik membuka pelbagai laman, saya terbaca satu artikel yang sangat menarik untuk dikongsikan bersama dengan teman-teman sekalian. Mari kita baca dan hayatinya bersama. Bermuhasabah diri..

Kenapa Perlu Berusaha Sedangkan Semuanya Telah Ditentukan?

Kenapa perlu susah-payah jika semuanya telah pun ditakdirkan? Kenapa harus kecewa sebelum bertemu gembira? Kenapa si dia tidak datang begitu sahaja? Begitu juga para sahabat nabi, mereka pernah bertanyakan soalan yang hampir sama lebih 1400 tahun yang lalu.

Menurut Ali Abi Talib, pada suatu hari ketika para sahabat sedang menghadiri satu pengkebumian, Rasulullah s.a.w. datang dan duduk berhampiran. Para sahabat kemudian duduk mengelilinginya. Beliau menggenggam sebatang kayu kecil sambil menggores-gores tanah. Rasulullah s.a.w. kemudian bersabda, “Setiap daripada kamu yang diciptakan telah pun ditentukan neraka atau syurganya.” Bertanya salah seorang sahabat, “Kalau demikian, apa perlunya kita beramal ya Rasulullah?”

Mendengar sedemikan, Rasulullah s.a.w. bersabda lagi, “Beramallah, setiap orang akan dipermudahkan oleh Allah kepada jalan yang telah ditetapkan oleh-Nya.” Kemudian beliau membaca surah Al-Lail ayat 5 hingga 10” [1]

Di dalam surah Al-Lail ayat 5 hingga 10, Allah telah berfirman, “Adapun orang yang memberikan (menafkahkan hartanya) apa yang ada padanya ke jalan kebaikkan dan bertakwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya). Dan dia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik. Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga). Sebaliknya orang yang bakhil (daripada berbuat kebaikkan) dan berasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya. Dan dia mendustakan perkara yang baik. Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan. ”

Begitulah penjelasan nabi ke atas pengertian takdir dan amalan manusia. Beliau tidak menyuruh para sahabat mempersoalkan ketentuan tuhan, sebaliknya menyuruh mereka memberi fokus kepada usaha dan amalan semata-mata.

Firman Allah di dalam Surah Al-Mulk ayat 2, “Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya;”


p/s : Hidup ini adalah untuk berusaha dan beramal, bukan untuk mempersoalkan takdir. Jangan ditanya, “kenapa perlu mencari si dia sedangkan si dia telah pun ditentukan” sebaliknya tanyalah diri sendiri “apakah usaha yang telah dicurahkan di dalam perjalanan mencari si dia.”

Wallahu’alam.

Nota kaki -> [1] . http://hadith.al-islam.com/, Sahih Muslim #4786.

Friday, March 4, 2011

Deritamu Allah ketahui..


Genggam kemas pena itu. Pastikan pena itu tidak terlepas. Ayuh teruskan usahamu! Ayuh! Tersentak.. Mataku berair.. Pipiku kemerahan.. Tangan kiriku kebas.. Kulihat jam di mejaku.. “Ya Allah, sudah pukul 4 petang rupanya,”resah... Setelah pulang dari bersolat jumaat, aku terus membuka laptop dengan harapan untuk menyiapkan tugasanku. Namun misi itu menemui kegagalan. Aku mula memikirkan jadualku yang penuh.. Rasa takut, cemas, bimbang menyelubungi... Kesal namun kena bersabar..

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata : “Innalillahi wainna ilaihi raji’un” (Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali). (Surah Al-Baqarah :155-156)

Akhirnya, hati yang resah itu semakin reda. Mataku kemudiannya memerhatikan gambar yang berada dimeja. Tidak disangka-sangka, mataku mula berair kembali tatkala menatap gambar itu, pipi ini mula keairan. Air yang mengalir itu adalah air mata kesedihan dan kerinduan. Namun seketika, air mata itu bertukar menjadi air mata kegembiraan yang penuh dengan keredhaan. Sudah lama sebenarnya kisah itu berlalu, namun terasa masih baru. Apakan daya, aku tidak mampu. Hati ini memujuk sendiri, redha dengan semua ujian yang diberikan oleh Allah. Yang pergi takkan kembali. Sambil berdoa agar dikuatkan lagi hati ini untuk menempuh dugaan yang mendatang. Amin Ya Robbal Alamin..

Rindu Allah..  Rindu Rasulullah SAW & para sahabat.. Rindu keluarga & teman-teman seperjuangan yang lain sksu, sraef,ssn,samura,uitm&(ipg??) hu3... rindu..

*Target-Selesaikan sebahagian tugasan sebelum pulang bercuti & berpraktikum.
Hati ini kena tabah. (Ayt.Psf.Bsa. dengan kata kena) ^_^
Insya Allah..
Berhujung minggu di Kampung.