BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, February 19, 2011

Masa...


"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan melakukan amal soleh dan saling menasihati dalam kebenaran, dan saling menasihati dalam kesabaran.” "
[ al-Ashr [103]: 1-3 ]

Alhamdulillah, bersyukurku kehadrat Allah SWT yang telah memberikan nikmat iman dan Islam padaku, kesihatan yang baik, kehidupan yang teratur dan kondusif bagi memudahkan diri ini beramal dan berbakti kepada Islam. Jika hendak dibandingkan dengan saudara-saudaraku yang lain (terutama di Palestin), aku tertanya-tanya akan posisi aku di bumi Malaysia yang bertuah  ini. Aku bersyukur. Insya Allah, selagi hayat  dikandung badan, setiap hela nafasku ini hanya untuk Islam. Itu janjiku. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam. Masih lagi terngiang-ngiang pesanan arwah Kak Anis kepadaku supaya menyandarkan segala yang dilakukan dalam hidup ini hanya kepada Allah SWT. Biar apa pun yang berlaku, segalanya telah diaturkan oleh Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu yang berlaku. Usaha, doa, tawakal. Mudah-mudahan. 

Tak ada lagi dah kedengaran suaranya. Rindu sangat-sangat dengan Kak Anis. ~_~
Diri ini redha..

Teman-teman sekalian... MASA..
Ada apa dengan masa??? Knp dengan masa??? Pentingkah bagi kita??? Saya tidak mahu mengulas tentang pendefinisian, teori-teori, penerangan tentang masa dan sebagainya pada anda, anda dan anda semua pembaca yang setia, (konon ada pembaca fanatik ke En akim mubarak???) hu3.. Cuma nak maklumkan kepada teman-teman seperjuangan terutamanya teman-teman IPG yang mengambil major BM (yang membaaca blog ini). Maafin gue kakang-kakang, tenteng-tenteng, hu3.. Masa amat mencemburi diri ini untuk mengaktifkan blog-blog yang ada. Insya Allah, nota sentiasa ditulis untuk setiap minggu, namun di atas kertas sahaja, tak ditaip ke dalam microsoft word. Jadinya, bersabarlah anda semua, jika kelapangan akan saya taip kesemua nota-nota yang ada untuk dikongsikan bersama. Insya Allah. Maaf, semester ni banyak sangat program. Belum campur dengan tugasan, kerja-kerja kuliah, ASSIGNMENT., "balik kampung".. hu3.. Insya Allah..


Berbalik kepada tajuk entry. ^_^

Jadi, uruskanlah masa anda dengan sebaik yang mungkin. Gunakanlah masa yang ada dengan melakukan perkara-perkara yang diredhai Allah. Ingat!!! Jangan lalai dan alpa dalam mengurus masa. Bukan sesuatu yang mustahil bagi kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian. Kalau nak ikutkan zaman sekarang ni, memang terlalu banyak masa yang terbuang selama manusia hidup di dunia dengan perkara-perkara mazmumah dan semuanya itu akan menjadi bencana. Jadi, tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah masa yang ada dengan sesuatu yang bermanfaat!!!!!!! 
Ingatlah negeri kita...Akhirat, bukan Dunia, tetapi AKHIRAT!!!!


*Kak Anis, walaupun kita dah tak bersama seperti dahulu, yol tetap akan ke Shah Alam, kalau boleh setiap minggu macam dulu-dulu. Rindulah nak pergi surau seksyen 8 tu........

Wassalam..

0 comments: