BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, January 4, 2011

Pengumuman Penting...


Bismillahirrohmanirrohim....

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, syukur kupanjatkan kehadrat Allah S.W.T. kerana masih memberikan kesempatan kepada hamba-Nya ini untuk terus menetap dan hidup di bumi yang bertuah ini. Mudahan-mudahan segala urusanku di dunia mendapat berkat dan redha daripada Allah S.W.T. Untuk pengetahuan, blog ini adalah blog yang kedua saya dan Insya Allah, pengisian blog ini akan dipenuhi dengan rentetan pengalaman hidup, perkembangan semasa di bidang bahasa dan penulisan karya kreatif  serta beberapa perkara yang berkaitan dengan isu yang berbangkit sama ada di dalam atau di luar negara. Mudah-mudahan penulisan di blog ini dapat memberikan manfaat dan juga peringatan yang berguna kepada saya dan sahabat-sahabat lain yang sempat menyinggah di blog ini. 

*Sebenarnya blog ini dibina bagi memastikan saya terus berusaha untuk menulis dan membaca. Insya Allah, mungkin dengan cara ini dapat membantu dan menjadi PEMANGKIN kepada saya untuk tidak LEKA kepada menjadi sentiasa PEKA dengan pelajaran dan pembacaan.

*Insya Allah, penulisan di dalam blog ini hanyalah sekadar pendapat, perkongsian dan luahan rasa saya untuk dikongsikan kepada semua. Tidak ada niat untuk mengaitkan sama ada individu yang hidup ataupun yang sudah tiada. Semoga usaha ini mendapat redha Allah... Insya Allah.

*Selamat tahun baharu 2011, selamat berkuliah kepada sahabat-sahabat di semua IPG di Malaysia. Belajarlah rajin-rajin..

Wassalam...

0 comments: