BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, January 6, 2011

Minggu Pertama : Sintaksis


Bismillahirrohmanirrohim....

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana semalam saya dapat memulakan pembelajaran untuk subjek Sintaksis Bahasa Melayu dengan jayanya. Subjek inilah yang sebenarnya “dinanti-nantikan” oleh semua pelajar Major Bahasa Melayu di IPG seluruh Malaysia, hu3. Tambahan pula pada semester ini (semester 5), kami semua akan memulakan sesi praktikum fasa pertama selama sebulan, Insya Allah. Saya tidak menafikan bahawa subjek ini adalah merupakan salah satu daripada rangkaian subjek “killer” pada semester ini untuk subjek BM. Walaubagaimanapun, hendak atau tidak, dengan sepenuh jiwa dan seikhlas hati kenalah kita belajar subjek ni, okay??? Kata mahu jadi cikgu bahasa. Cikgu bahasa kenalah “terror” tatabahasa, betul tak??? Semalam Dr Supian telah masuk ke kelas untuk mengajar subjek sintaksis ini. Kecut perut jugalah bila dapat tahu yang beliau akan mengajar kelas kami tahun ini. Mana tidaknya, beliau ni suka soal-soal secara individu. Teringat masa Dr mengajar kelas saya ketika zaman foundation dahulu... Semua teman-teman kelas tunduk jer bila beliau mengajar. Masing-masing takut dengan soalan cepumas dia. Kalau tak dapat jawab, silap-silap kenalah *(taik kambing kau), hu3. Ayat inilah yang selalu keluar dari mulutnya jika kami tidak dapat menjawab soalan beliau dengan betul. Walaubagaimanapun, kami semua sebenarnya sangat senang dengan beliau, tak hairan pun kalau beliau mengajar Sintaksis kelas kami sebab Dr Supian ni merupakan salah seorang yang PAKAR dalam bidang tatabahasa di Malaysia. Cara pengajarannya memang mantap, satu persatu beliau terangkan ketika beliau mengajar sampai la kami faham. Tak ngantuk belajar dalam kelas Dr (konon), rugilah kalau tak concentrate masa beliau mengajar.

Azam tahun baharu inikan ingat nak prepare nota awal-awal, masa kelas berjalan, sambil-sambil dengar pensyarah mengajar, sambil-sambil tu tulis nota, (kalau rajin Insya Allah) :-). Jadi, inilah hasilnya, nota yang pertama untuk subjek Sintaksis yang boleh saya kongsikan dengan teman-teman semua. Harap bermanfaat untuk kalian.

*Ini hanyalah nota sendiri, mana bahagian yang kurang, maafkan noh. ^_~

Minggu Pertama.

1.       Sintaksis ialah bidang ilmu linguistik yang mengkaji tentang pembinaan ayat.
2.       Ayat terbina daripada unsur-unsur :
i)                    Klausa
ii)                   Frasa
iii)                 Ayat
3.       Frasa ialah kata atau kata-kata yang dapat berfungsi sebagai prediket, objek dan subjek (POS) dalam sesebuah ayat.
i)                    Prediket (p) = boleh terdiri daripada apa-apa frasa
ii)                   Subjek (s) : Terdiri daripada frasa nama
iii)                 Objek (o) : Terdiri daripada frasa nama.
·         Objek terdiri daripada frasa nama dan wujud dalam dua keadaan iaitu selepas kata kerja transitif dan selepas kata sendi.
·         Kata sendi nama : di, ke, dari, daripada, akan, tentang
·         Kata sendi nama berimbuhan : Terhadap, menjelang, melalui, sebagai
·         Kata kerja transitif (kkt) : men..., men...i, men...kan, mempeR..., memper...i, memper...kan.
·         Bukan kkt jika tidak disertai dengan objek. Contoh : Pensyarah itu menari.

4.       Klausa ialah memancangkan ayat tambahan dengan ayat utama. Klausa mempunyai subjek dan prediket. Namun frasa juga merupakan ayat yang terikat pada ayat lain. Klausa terbahagi kepada dua :
i)                    Klausa bebas/utama : Dapat berdiri sendiri sebagai ayat lengkap.(Cth : Aku ingin menemuimu)
ii)                   Klausa terikat/bawahan : Tidak dapat berdiri sendiri sebagai satu ayat lengkap. (Cth : Sebelum aku pergi ke Banting)
5.       Prediket (p) dengan menambah kata “yang” dalam ayat akan menjadi frasa nama
6.       Ayat tersebut juga boleh disongsangkan. Contoh : Yang ditahan polis (s) ialah Ali (p).”
7.       Dalam ayat biasa, (s) biasanya wujud di awal ayat.
8.      Jika ayat itu adalah ayat songsang, (s) mungkin berada di tengah, atau di belakang ayat. Contoh ; “Pada suatu hari (p), nenek masuk ke hutan (p).”

Latihan.

1.       Berikut ialah kegemaran pelajar PISMP kumpulan B dan D pada masa lapang.
·Ayat ini tidak mempunyai subjek.
·Penambahan perkataan “yang” dihadapan ayat akan membantu menjadikan ayat ini
 mempunyai subjek.
·“Yang berikut ialah kegemaran pelajar PISMP kumpuan B dan D pada masa lapang.”
·Ayat ini pula adalah merupakan contoh ayat yang tidak mempunyai prediket : “Yang tidak menulis karangan pada hari itu.”

2.       Dia menceritakan semula sampai selesai.
·Ayat ini tidak ada objek (O). Seperti yang sedia maklum, (O) wujud dalam dua keadaan
 iaitu selepas kata kerja transitif atau kata sendi nama.
·“Dia menceritakan semula hal itu sampai selesai.”
·"hal itu” bertindak sebagai objek.

3.       “Secara tiba-tiba saha (P) / terdengar dentuman sekuat-kuatnya (S).”
·Apabila ayat songsang sepenuhnya, (P) berada dihadapan.
·“Dentuman sekuat-kuatnya (S) / terdengar secara tiba-tiba sahaja (P). (ayat songsang terbahagi)
· “Terdengarlah secara tiba-tiba sahaja (P) / dentuman sekuat-kuatnya (S). Dalam ayat seperti ini, SEELOK-ELOKNYA partikel “lah” digunakan apabila prediket diletakkan dihadapan ayat. Ini adalah kerana partikel “lah” (mementingkan prediket).
·Contoh lain :
i)“Pekerja itu membeli motorsikal baharu.”
ii) “Membeli motorsikal baharulah pekerja itu.”

4.       “barangkali dialah (P) / guru (FN) di sekolah itu (s).
· “di sekolah itu” hanya bertindak sebagai penerang kepada guru.

5.       “Janganlah kamu lupakan (P) / pesanan ini (s) / sampai bila-bila (P).
·Ayat ini adalah merupakan ayat songsang terbahagi.
·“Kamu (S), jangan melupakan pesanan ini sampai bila-bila.”
·“Pesanan ini (S) jangan kamu lupakan sampai bila-bila (P).”

6.       “Moga-moga tidak akan berlaku (P) sesuatu pada dirimu (S).”

7.       “Dengan perlahan-lahan saya alihkan perhatiannya kepada yang lain.”
· “Saya mengalihkan perhatiannya kepada yang lain dengan perlahan-lahan.”
· “Perhatiannya (S-yang utama) / kepada yang lain-lain (S) / saya alihkan dengan perlahan-lahan.”

8.       Ayat pasif biasa pelaku diri pertama
·“Saya memecahkan gelas itu.”
· “Gelas itu (S)/ saya pecahkan.” FKP (Frasa Kerja Pasif)

9.       “Tidak akan percaya (P) / dia (S) kepada ceritamu itu.”
·“Kepada ceritamu itu” wujud selepas (FS)
·Ayat asal : “Dia (S) / tidak akan percaya kepada ceritamu itu.”

10.   “Selangkah demi selangkah sampailah juga / akhirnya saya (S) / kepada cita-cita”
· “Akhirnya” boleh menjadi penerang kepada “saya.”
·“Saya akhirnya sampai juga kepada cita-cita selangkah demi selangkah.”
·“Sampai juga akhirnya saya selangkah demi selangkah kepada cita-cita.”

0 comments: