BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, January 19, 2011

Minggu Ketiga : Sintaksis


Bismillahirrohmanirrohim..

Alhamdulillah, sudah masuk minggu ke-3 saya menghadiri kelas Sintaksis. Semakin lama semakin mencabar, semakin susah hendak memahami ilmu sintaksis ini. Tetapi, di dalam kelas tetap “enjoy” belajar dengan Dr Supian bersama-sama dengan teman-teman seperjuangan yang lain. Alhamdulillah, permulaan kelas Dr telah refresh balik ingatan kami tentang pengajaran yang telah disampaikannya sebelum ini. Masuk-masuk kelas Dr dah tanya macam-macam soalan berkaitan dengan frasa, POS, ayat dan macam-macam lagilah. Masing-masing “stuck”, tak boleh nak fikir apa-apa bila diajukan soalan oleh Dr, hu3. Berdebar-debar, gelabah, takut semua. Antara yang ditanya semasa kelas Sintaksis tadi termasuklah:
i)                    Konsep Frasa
ii)                   Nama Frasa : FA, FK, FN, FS.
iii)                 Frasa Kerja – Fktr dengan Fkttr
iv)                 Frasa kerja pasif

BAHAGIAN PERTAMA
(Masuk-masuk dah tanya soalan ini)
*Semua pening. Namun, inilah yang dapat disimpulkan. Salah silap haraf dimaafi dan TEGUR.

1)      Fkp dikatakan terikat kerana apa?
i)        Kerana kkp terikat dengan pelakunya dan tidak ada kata-kata yang dapat diselitkan di antara kkp dengan pelakunya. @
ii)      Kerana dalam ayat pasif, Kktr mesti diikuti dengan KN yang bertindak sebagai objek dalam bentuk terikat. (Dalam ayat pasif, Kktr terikat dengan KN)
Contoh ayat atau frasa kerja pasif dalam bentuk yang terikat :
i)        Buku itu dibaca oleh Nabila.
ii)      Buku itu akan dibaca Nabila.

2)      FKPD1 dikatakan bentuk terikat kenapa?
Ayat : Saya telah membeli kek itu.
·         “Saya” iaitu KGD1 bertindak sebagai (S) ayat.
·         “telah membeli kek itu” berfungsi sebagai (P) ayat.
·         Ayat ini merupakan ayat asal @ ayat aktif transitif.
·         Apabila ditukar kepada ayat pasif pelaku diri 1, ayat tersebut menjadi : “Kek itu telah saya beli.”
·         “Kek itu” berfungsi sebagai (S) ayat.
·         “telah saya beli” bertindak sebagai (P) ayat.
·         “saya beli” merupakan unsur terikat. Perkataan asal bagi Kktr (membeli) akan ditukar kepada kata (beli) apabila ayat tersebut dipasifkan. Ini bermakna, imbuhan mem- digugurkan pada kata (membeli) kepada (beli) apabila ayat dipasifkan.
·         Di antara kata “saya” dan “beli” tidak boleh diselitkan dengan apa-apa perkataan kerana bentuk ayat ini sudah terikat.
Nota Tambahan : Tidak ada lagi imbuhan awalan  *contoh : meN- bagi kata beli kerana bentuk ayatnya sudah terikat (“membeli--kepada—beli” bagi pelaku diri pertama). Dalam Fkp, hanya pelaku diri pertama, kedua dan ketiga sahaja yang diletakkan dibelakang Kktr.

Contoh ayat lain :
i)        “Saya membeli buku itu.”
“Buku itu telah saya beli.” (Fkp) – ayat ini telah disongsangkan.
ii)      “Kek itu dibeli oleh Ali.”
·         “dibeli oleh Ali” ialah unsur terikat.
·         Kata “oleh” boleh digugurkan.
·         Contoh untuk Fkp pelaku diri 1, ke-2 dan ke-3.

FRASA KERJA BERBENTUK KLITIK
·         Klitik bermaksud singkatan.

1)      Contoh  ayat :
i)                    Aku menyanyikan lagu Negaraku.
·         “Aku” KN yang bertindak sebagai (S) ayat.
·         “menyanyikan lagu Negaraku” sebagai (P) ayat.
·         “Lagu Negaraku” merupakan KN yang bertindak sebagai objek kepada menyanyikan.

Apabila dipasifkan :
i)                    “Lagu Negaraku kunyanyikan.
·         “Lagu Negaraku” bertindak sebagai (S) ayat.
·         “kunyanyikan” sebagai (P) ayat.
·         Kata (aku) ditukar kepada (ku) untuk digabungkan dengan Kktr untuk menjadi FK.
·         Jadi, bentuk terikat bagi FKPD1 dapat dijadikan klitik dengan menggabungkan kata (ku) dengan (nyanyikan).
·         Kunyanyikan adalah bentuk terikat. Tidak ada satu unsur pun yang boleh diselitkan di antara kata-kata ini. ~kunyanyikan.

Contoh kata yang boleh menjadi bentuk klitik :
i)                    Aku (KGD1) : “Lagu Negaraku kunyanyikan.”
ii)                   Engkau (KGD2) : “Lagu Negaraku telah kaunyanyikan.”
iii)                 Dia (KGD3) : “Lagu Negaraku telah dinyanyikannya.”


2)      “Aku menghargai pengorbananmu”.
·         “Aku” merupakan (S) ayat.
·         “menghargai pengorbananmu” bertindak sebagai (P) ayat.
·         “pengorbananmu” (O) ayat.
·         Apabila ayat tersebut dipasifkan, maka semua (S) akan menjadi (O).
·         Ayat yang telah dipasifkan adalah seperti yang berikut : “Pengorbananmu aku hargai.”
·         Jika bentuk terikat, imbuhan awalan me- & di- digugurkan seperti yang terdapat pada Kktr dalam ayat asal, maka kata menghargai akan menjadi hargai. (Bentuk terikat tidak ada imbuhan awalan me- dan di-)
·         “Aku hargai” boleh menjadi klitik apabila kata “aku” disingkatkan kepada kata “ku” dan dirapatkan dengan kata “hargai”. Maka ayat yang terbentuk ialah, “Pengorbananmu kuhargai.”


Contoh ayat yang lain (FRASA KERJA PASIF PELAKU DIRI KE-2).

i)                    “Engkau meratapi pemergiannya.”
Apabila dipasifkan dan diklitik, maka ayat tersebut akan menjadi : “Pemergiannya kuratapi.”
Analisis :
·         “Pemergiannya” berfungsi sebagai (S) ayat.
·         “kuratapi” berfungsi sebagai (P) ayat.
·         Jika bentuk terikat, imbuhan awalan me- yang terdapat pada Kktr asal perlu digugurkan dalam ayat pasif. Maka, kata “meratapi” akan menjadi “ratapi”.
·         Frasa kerja pasif berbentuk terikat boleh dijadikan bentuk klitik dengan menyingkatkan kata “engkau” kepada kata “kau” dengan kata “ratapi”. Selepas itu, tambah kata bantu “telah” pula. (letak boleh, tidak letak pun tidak mengapa)
·         Maka, ayat yang akan terhasil ialah : “Pemergiannya telah kauratapi.”

Bersambung...

0 comments: