BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, January 24, 2011

Minggu Ketiga : Sintaksis

BAHAGIAN KEDUA

Ulang kaji maksud frasa.

1)      FN – memadai dengan 1 kata
            2)      FS  - sekurang-kurangnya 2 kata
            3)      FN boleh membentuk Prediket,objek dan subjek (POS) dan penambahan fungsi FN adalah sebagai 
                  objek.
            4)      Kandungan FN + FA + FK + FS
·         Setiap frasa ada kata intinya
·         FN kata intinya KN
·         FA kata intinya ialah KA
·         FK kata intinya ialah KK
·         FS tiada kata inti

Bagaimana mahu mengenal pasti KN/ KK/ KA?
·         KN boleh dikenal pasti dengan meletakkan kata bilangan dihadapannya. (KB + KN)
·         KA boleh diletakkan kata penguat atau kata bantu. (KB + KA) @ (KP + KA) Atau memasukkan kedua-dua kata tersebut untuk mengikuti KA dalam ayat. (KB + KT + KA) Contoh ayat : “Lelaki tua itu masih amat sihat.”
·         KK boleh diletakkan Kata Bantu. (KB + KK)

Mengenal pasti KN
·         (Bangunan) kata dasarnya adalah bangun. Setiap akhiran imbuhan –an pada kata dasar akan membentuk KN.

“Dia bersuara dengan lantangnya.”
·         Kenapa ayat ini betul sedangkan kata “lantang” merupakan KA? Dalam hukum tatabahasa, KS mesti diikuti dengan KN. Namun, di dalam ayat ini, KS diikuti dengan KA. Kenapa?
·         Jawapan : Kerana –nya telah menjadikan kata “lantang” menjadi benda. Ini bermaksud, -nya berfungsi sebagai pebenda. Oleh yang demikian, “lantangnya” menjadi Kata Nama.

Ayat.
i)                    Binaan ayat ada dua konstituen ayat iaitu (S) dan (P).
ii)                   Susunan ayat pula ada dua iaitu susunan ayat biasa dan susunan ayat songsang.
iii)                 Pola ayat dasar ada empat iaitu FN, FA, FS dan FK.
iv)                 Ragam ayat : ayat aktif
i)      Aktif transitif (boleh pasif)
ii)    Aktif tak transitif (tidak boleh pasif)
Contoh ayat : Dia kena pukul dengan penjahat.
o   Ayat pasif “kena” diletakkan dibelakang pukul.
o   Imbuhan ke-,ter-,an dapat membentuk kata pasif.
o   “Dia kehujanan semalam.”
v)                  Jenis ayat
o   Ayat penyata  (Menjelaskan atau menerangkan sesuatu)
o   Ayat tanya (bertanya atau mendapatkan maklumat). Ayat tanya pula dibahagikan kepada dua, iaitu ayat tanya dengan kata tanya dan ayat tanya tanpa tanda tanya(kena dalam intonasi tanya).
o   Ayat perintah (larangan @ suruhan/ silaan)
o   Ayat seru (kena ada tanda seru dan dari kata seru).

Dalam sesebuah ayat, boleh berlaku perpindahan ayat dengan syarat masih lagi mengekalkan kegramatisan ayatnya. (betul dari segi struktur dan maknanya).
Contoh ayat : “Beberapa ekor kucing masih bermain bola di padang.”
·         Ayat ini betul kerana mempunya (S) dan (P) tetapi tidak munasabah. Makna ayat ini tidak gramatis dari segi semantiknya. (tidak munasabah)

Kenapa ayat aktif tak transitif tidak boleh dipasifkan?
Jawapan : Kerana ayat yang ada objek sahaja yang dapat dipasifkan.
·         Adik (FN) / tidur (Kkttr) di dalam bilik (FK). (salah)
·         Saya (S) / membaca buku (P). (dalam ayat pasif, subjek dihadapan)
·         Awak mengangkat pasu bunga. (Pasu bungan awak angkat)-pasif.
·         Ahmad memancing ikan di sungai.(Ikan di sungai dipancing oleh Ahmad)
~objek mesti di hadapan untuk menjadi (S) dalam ayat pasif
~dalam ayat songsang (P) dibawa kehadapan.
~binaan yang menggunakan frasa kerja
FN + KB + (Kkttr + keterangan)
~Dia + sedang + tidur + di dalam bilik

Maklumat tambahan : Kata makan, minum, minta dan mohon, walaupun tidak mempunyai imbuhan, namun telah disepakati oelh ahli bahasa bahawa keempat-empat kata ini digolongkan dalam kata kerja transitif.

R
“Rumah telah dikemaskan oleh ibu pagi tadi.”
“Ibu telah mengemaskan rumah pagi tadi.”
·         Bila unsur keterangan “pagi tadi”, hadir dibelakang ayat kecuali ayat songsang.
·         Contoh : “Telah mengemaskan rumah ibu pagi tadi.”

“Rumah ibu telah saya perbesar tahun lepas.”
·         Apabila dipasifkan : “Saya telah memperbesar rumah ibu pada tahun lepas.”
·         “telah memperbesar” mesti dihadirkan bersama kerana keduanya adalah merupakan unsur terikat.
·         Kata bantu boleh menentukan taraf kata kerja.
·         Unsur terikat hanya berada pada ayat pasif.
·         PD1,2 dan 3 perlu hadir selepas KK.

“Padi sedang menguning di sawah.”
·         Ayat ini mengandungi (S) iaitu “padi” dan (P) iaitu “sedang menguning di sawah.”
·         Pola ayat pula terdiri daripada FN dan FK.
·         FN terdiri daripada KN (padi), manakala FK pula terdiri daripada FK yang mempunyai kata KB (sedang), kkttr (menguning), dan FS yang terdiri daripada KSN (di) dan KN (sawah).

Thursday, January 20, 2011

Setengah Tahun Yang Lalu...


Semalam genap 6 bulan pemergianmu. Cepatkan masa berlalu.. Tiada apa yang perlu dicoretkan. Biar Allah sahaja yang mengetahuinya. Muhasabah diri..

"Janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur dijalan Allah itu mati, bahkan mereka hidup disisi Tuhan-Nya dengan medapat rezeki, mereka dalam keadaan gembira disebabkan kurnia Allah yang diberikanNya kepada mereka & mereka bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal dibelakang yang belum menyusul mereka bahawa tidak ada kekhuatiran terhadap mereka & tak pula mereka bersedih hati. Mereka bergirang hati dengan nikmat & kurnia yang besar dari Allah & bahawa Allah tidak mensia-siakan pahala orang-orang yang beriman"
(Ali Imraan:169-171).

Insya Allah, dakwahmu akan tetap diteruskan. Mudahan-mudahan dirimu ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman. Amin..
Al-Fatihah untuk Almarhumah..

Wednesday, January 19, 2011

Minggu Ketiga : Sintaksis


Bismillahirrohmanirrohim..

Alhamdulillah, sudah masuk minggu ke-3 saya menghadiri kelas Sintaksis. Semakin lama semakin mencabar, semakin susah hendak memahami ilmu sintaksis ini. Tetapi, di dalam kelas tetap “enjoy” belajar dengan Dr Supian bersama-sama dengan teman-teman seperjuangan yang lain. Alhamdulillah, permulaan kelas Dr telah refresh balik ingatan kami tentang pengajaran yang telah disampaikannya sebelum ini. Masuk-masuk kelas Dr dah tanya macam-macam soalan berkaitan dengan frasa, POS, ayat dan macam-macam lagilah. Masing-masing “stuck”, tak boleh nak fikir apa-apa bila diajukan soalan oleh Dr, hu3. Berdebar-debar, gelabah, takut semua. Antara yang ditanya semasa kelas Sintaksis tadi termasuklah:
i)                    Konsep Frasa
ii)                   Nama Frasa : FA, FK, FN, FS.
iii)                 Frasa Kerja – Fktr dengan Fkttr
iv)                 Frasa kerja pasif

BAHAGIAN PERTAMA
(Masuk-masuk dah tanya soalan ini)
*Semua pening. Namun, inilah yang dapat disimpulkan. Salah silap haraf dimaafi dan TEGUR.

1)      Fkp dikatakan terikat kerana apa?
i)        Kerana kkp terikat dengan pelakunya dan tidak ada kata-kata yang dapat diselitkan di antara kkp dengan pelakunya. @
ii)      Kerana dalam ayat pasif, Kktr mesti diikuti dengan KN yang bertindak sebagai objek dalam bentuk terikat. (Dalam ayat pasif, Kktr terikat dengan KN)
Contoh ayat atau frasa kerja pasif dalam bentuk yang terikat :
i)        Buku itu dibaca oleh Nabila.
ii)      Buku itu akan dibaca Nabila.

2)      FKPD1 dikatakan bentuk terikat kenapa?
Ayat : Saya telah membeli kek itu.
·         “Saya” iaitu KGD1 bertindak sebagai (S) ayat.
·         “telah membeli kek itu” berfungsi sebagai (P) ayat.
·         Ayat ini merupakan ayat asal @ ayat aktif transitif.
·         Apabila ditukar kepada ayat pasif pelaku diri 1, ayat tersebut menjadi : “Kek itu telah saya beli.”
·         “Kek itu” berfungsi sebagai (S) ayat.
·         “telah saya beli” bertindak sebagai (P) ayat.
·         “saya beli” merupakan unsur terikat. Perkataan asal bagi Kktr (membeli) akan ditukar kepada kata (beli) apabila ayat tersebut dipasifkan. Ini bermakna, imbuhan mem- digugurkan pada kata (membeli) kepada (beli) apabila ayat dipasifkan.
·         Di antara kata “saya” dan “beli” tidak boleh diselitkan dengan apa-apa perkataan kerana bentuk ayat ini sudah terikat.
Nota Tambahan : Tidak ada lagi imbuhan awalan  *contoh : meN- bagi kata beli kerana bentuk ayatnya sudah terikat (“membeli--kepada—beli” bagi pelaku diri pertama). Dalam Fkp, hanya pelaku diri pertama, kedua dan ketiga sahaja yang diletakkan dibelakang Kktr.

Contoh ayat lain :
i)        “Saya membeli buku itu.”
“Buku itu telah saya beli.” (Fkp) – ayat ini telah disongsangkan.
ii)      “Kek itu dibeli oleh Ali.”
·         “dibeli oleh Ali” ialah unsur terikat.
·         Kata “oleh” boleh digugurkan.
·         Contoh untuk Fkp pelaku diri 1, ke-2 dan ke-3.

FRASA KERJA BERBENTUK KLITIK
·         Klitik bermaksud singkatan.

1)      Contoh  ayat :
i)                    Aku menyanyikan lagu Negaraku.
·         “Aku” KN yang bertindak sebagai (S) ayat.
·         “menyanyikan lagu Negaraku” sebagai (P) ayat.
·         “Lagu Negaraku” merupakan KN yang bertindak sebagai objek kepada menyanyikan.

Apabila dipasifkan :
i)                    “Lagu Negaraku kunyanyikan.
·         “Lagu Negaraku” bertindak sebagai (S) ayat.
·         “kunyanyikan” sebagai (P) ayat.
·         Kata (aku) ditukar kepada (ku) untuk digabungkan dengan Kktr untuk menjadi FK.
·         Jadi, bentuk terikat bagi FKPD1 dapat dijadikan klitik dengan menggabungkan kata (ku) dengan (nyanyikan).
·         Kunyanyikan adalah bentuk terikat. Tidak ada satu unsur pun yang boleh diselitkan di antara kata-kata ini. ~kunyanyikan.

Contoh kata yang boleh menjadi bentuk klitik :
i)                    Aku (KGD1) : “Lagu Negaraku kunyanyikan.”
ii)                   Engkau (KGD2) : “Lagu Negaraku telah kaunyanyikan.”
iii)                 Dia (KGD3) : “Lagu Negaraku telah dinyanyikannya.”


2)      “Aku menghargai pengorbananmu”.
·         “Aku” merupakan (S) ayat.
·         “menghargai pengorbananmu” bertindak sebagai (P) ayat.
·         “pengorbananmu” (O) ayat.
·         Apabila ayat tersebut dipasifkan, maka semua (S) akan menjadi (O).
·         Ayat yang telah dipasifkan adalah seperti yang berikut : “Pengorbananmu aku hargai.”
·         Jika bentuk terikat, imbuhan awalan me- & di- digugurkan seperti yang terdapat pada Kktr dalam ayat asal, maka kata menghargai akan menjadi hargai. (Bentuk terikat tidak ada imbuhan awalan me- dan di-)
·         “Aku hargai” boleh menjadi klitik apabila kata “aku” disingkatkan kepada kata “ku” dan dirapatkan dengan kata “hargai”. Maka ayat yang terbentuk ialah, “Pengorbananmu kuhargai.”


Contoh ayat yang lain (FRASA KERJA PASIF PELAKU DIRI KE-2).

i)                    “Engkau meratapi pemergiannya.”
Apabila dipasifkan dan diklitik, maka ayat tersebut akan menjadi : “Pemergiannya kuratapi.”
Analisis :
·         “Pemergiannya” berfungsi sebagai (S) ayat.
·         “kuratapi” berfungsi sebagai (P) ayat.
·         Jika bentuk terikat, imbuhan awalan me- yang terdapat pada Kktr asal perlu digugurkan dalam ayat pasif. Maka, kata “meratapi” akan menjadi “ratapi”.
·         Frasa kerja pasif berbentuk terikat boleh dijadikan bentuk klitik dengan menyingkatkan kata “engkau” kepada kata “kau” dengan kata “ratapi”. Selepas itu, tambah kata bantu “telah” pula. (letak boleh, tidak letak pun tidak mengapa)
·         Maka, ayat yang akan terhasil ialah : “Pemergiannya telah kauratapi.”

Bersambung...

Monday, January 17, 2011

15 kata majmuk mantap dalam Bahasa Melayu:


1.Antarabangsa
2.Setiausaha
3.Matahari
4.Beritahu
5.Sukarela
6.Olahraga 
7.Bumiputera
8.Suruhanjaya
9.Pesuruhjaya
10.Jawatankuasa
11.Tandatangan
12.Warganegara
13.Kakitangan
14.Tanggungjawab
15.Kerjasama

RUJUKAN: 

1.      Abdul Hamid Mahmood, Hashim Haji Musa, Farid M. Onn dan Nik Safiah Karim 2008. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. (m/s73 & 74)

2.      Asmah Haji Omar 2008. Nahu Kemas Kini. Kuala Lumpur: PTS Sdn. Bhd. (m/s 34 & 35)
                 
p/s: Hanya 15 kata majmuk sahaja yang dieja rapat manakala kata majmuk selain daripada di atas dieja secara terpisah.. 

*Dari Hamzah..

Belajarlah, Aku Tidak Tahu.


Belajarlah,
Kerana aku tidak tahu,
Kerana jika engkau belajar,
Manakala aku pula tidak tahu,
Maka mereka akan mengajar engkau,
Sehinggalah engkau menjadi tahu.
Tetapi,
Jika engkau belajar,
Aku pula tahu,
Maka akan bertanya mereka kepada engkau,
Sehinggalah engkau tidak tahu.

Apabila aku ditanya,
Terlalu berat bagiku menjawabnya,
Bagai terpampang dihadapanku,
Syurga dan neraka,
Terlalu takut untukku menjawabnya,
Takut dicampakkan ke dalam neraka.
Ulama kata,
Tidak tahu itu adalah separuh daripada ilmu,
Wallahu’alam,
Aku tidak tahu,
Hanya Allah sahaja yang tahu,
Jika aku tidak tahu,
Tapi seperti tahu,
Jahil mukarrab itu,
Jangan pula buat tidak tahu,
Tetapi tahu,
Dan buat tahu,
Tetapi tidak tahu.

Budayakan sifat aku tidak tahu,
Belajarlah aku tidak tahu,
Kerana aku tahu,
Tidak mungkin aku tahu semua perkara,
Namun perlu juga bertempat,
Moga dijadikan insan yang tidak tahu,
Walaupun sudah tahu,
Moga pengetahuan itu sentiasa diistiqamahkan.

Wassalam...

Saturday, January 15, 2011

Minggu Kedua : Sintaksis


BAHAGIAN PERTAMA

1)Kata “ialah / adalah” dalam ayat hendaklah ditukar kepada kata "termasuklah".
Tambahan : (KS) mesti diikuti oleh kata nama

“Antara punca kemalangan jalan raya ialah sikap pemandu.”
*Ayat ini salah.
*ialah mesti wujud dalam prediket ayat.
Ayat yang betul (ayat songsang) :
1.       “Antara punca kemalangan jalan raya termasuklah sikap pemandu.”
2.       “Sikap pemandu termasuk antara punca kemalangan jalan raya.”

Ayat yang lain :
i)                    “Antara masalah pelajar PISMP ialah kekurangan elaun.” (salah)
·          Masih tidak (S) kerana masih menggunakan ‘ialah’ dalam ayat.
·         “Antara masalah pelajar PISMP termasuklah kekurangan elaun.” (betul)

2) Kata “akan / tentang” dalam ayat tertentu digugurkan (tidak perlu disertakan) kerana ayat tidak menjadi subjek (S).
i)                    “Ibu bapa mesti mengambil berat tentang pelajaran anak-anak.” (salah)
· Buang perkataan ‘tentang’. (salah/tidak perlu)
· “Ibu bapa mesti mengambil berat pelajaran anak-anak.” (betul)
ii)                   “Kita mesti mengenal pasti akan masalah yang dihadapi mereka.” (salah)
·“Kita mesti mengenal pasti masalah yang dihadapi mereka.” (betul)
·kkt berbentuk majmuk : mengulang kaji, mengenal pasti, mengambil alih, mengambil berat. (mesti jarak)
iii)                 “Calon mesti memastikan setiap ayat bermakna .” (salah)
· “Calon mesti memastikan bahawa setiap ayat bermakna.” (klausa yang tugasnya adalah sebagai objek kepada memastikan.) (betul)

Analisis.

1)      “Orang gila itu.”
·Kata itu bertindak sebagai penerang kepada orang gila.
·Ayat ini BETUL apabila digunakan di dalam pertuturan/sebutan sahaja dengan syarat, mestilah 
 menggunakan intonasi dan nada yang betul.
· Jika mahu menggunakan ayat ini dalam penulisan, maka hendaklah disongsangan terlebih dahulu ayat 
  tersebut barulah boleh digunakan di dalam bentuk ayat tulisan.
· Jika di dalam ayat tulisan :
i) “Itulah orang gila.” * Itulah adalah prediket (P) ayat, maka diletakkan partikel “lah”, atau...
ii)  “Itu orang gila.” * “Itu” berindak sebagai (S) ayat, manakala “orang gila” bertindak sebaga (P)
   ayat.

2)      i) Rumah saya itu. (betul)
ii)Itulah rumah saya. (betul)
iii)Itu rumah saya. (betul)
iv)Rumah saya itu. (salah) * Ayat ini salah apabila digunakan dalam ayat tulisan. Kalau lisan sahaja yang boleh.

3)     * Tiga buah rumah itu. (bermaksud 3 daripada 10 buah rumah)
*Ketiga-tiga buah rumah itu. (bermaksud kesemua rumah itu. Dengan syarat rumah disitu ada 3 sahaja)

4)      *Itu sebiji epal. (tidak perlu letak sebiji kerana zahirnya epal itu memang sebiji.) Jadi ayat yang betul ialah, “Itu epal.”

Frasa Nama Sebagai Subjek.

1)      FN + FS :
i)                    Dua orang kekasih itu bagai merpati “dengan ayah.”

2)      FN + FA :
i)                    Mereka ini kecewa.
ii)                   Seribu banyak. * Sedikit sebanyak (salah). Sedikit banyak (betul).
iii)                 En Sarah itu cantik. *PANGGILAN HORMAT untuk En boleh digunakan untuk L/P sama seperti panggilan “TUAN”.
iv)                 Beberapa bilah pisau itu tumpul.

3)      FN + FA :
i)                    En Nuzuldin itu sabar.

4)      FN + FA : (Kata penguat ada dihadapan atau dibelakang)
i)                    Julia sudah sangat benci kepada Ahmad
ii)                   Saya membenci pemuda itu.
iii)                 Pemuda itu saya benci. (ayat pasif biasa)
iv)                 Saya menyukai gadis itu.

5)      Beza ayat asal, ayat pasif dengan ayat pasif songsang.
i)                    Saya menyukai gadis itu. (ayat asal)
ii)                   Gadis itu saya sukai. (ayat pasif)
iii)                 Saya sukai gadis itu. (ayat pasif songsang)

BAHAGIAN KEDUA (Frasa Kerja Pasif)

1)      Dalam Bahasa Melayu, ada 1 frasa yang dapat berubah iaitu frasa kerja. Fktr berubah kepada Fkp (frasa kerja pasif).
2)      Kata kerja pasif (kkp) mesti berawalan di- atau akhiran –kan
3)      Kkp yang tidak ada awalan me- dan di- jika melibatkan kata ganti diri pertama, kedua dan ketiga mesti diletakkan dihadapan kkp.
4)      Jika subjek ayat adalah MANGSA maka ayat tersebut adalah ayat pasif.
5)      Jika subjek ayat adalah PELAKU, maka ayat tersebut adalah ayat aktif.

FK  --- Fktr/Fkttr --- FKP --- (pelaku diri 1,2,3)

Contoh-contoh ayat :

1)      i) Saya menulis cerpen.
·‘menulis’ ialah Fktr, manakala cerpen ialah (FN) yang bertindak sebagai objek (O)
ii)Cerpen saya tulis.
·‘saya tulis’ ialah Fkp.
iii)Cerpen ditulis oleh saya.
·‘ditulis oleh saya’ ialah Fkp.

2)      Dia dilukai.
·Dia menjadi mangsa.
· Jadi ‘Dia’ menjadi subjek ayat. (ayat pasif)

3)      Kamal merindui Siti. (ayat aktif transitif)
·Kamal menjadi pelaku.
·‘merindui’ merupakan kktr.
·(tukar kepada Frasa Kerja Pasif), “Siti dirindui oleh Kamal.”
·Boleh menambah perkataan “oleh” dalam ayat “Siti dirindui oleh Kamal” ataupun menggugurkannya.

4)      Kek itu dibuat oleh saya. (Frasa Kerja Pasif)
·Frasa kerja pasif
·Kek itu (S), dibuat oleh saya (P).

5)      Amir membaca buku itu semalam. (ayat biasa)
·Buku itu dibaca semalam oleh Amir. (Ayat ini salah)
·Kerana objek ayat tidak ada.
·Amir merupakan keterangan kepada ‘oleh’.
·Ayat yang betul ialah “Buku itu dibaca oleh Amir semalam.” atau “Buku itu dibaca Amir semalam.”
· “dibaca oleh Amir semalam” adalah merupakan ayat yang sentiasa terikat. Ini adalah kerana di dalam
 ayat pasif, kktr mesti diikuti oleh FN yang bertindak sebagai objek dalam bentuk terikat. Dalam
 ayat pasif, selepas kktr mesti diikuti oleh pelaku diri pertama, ke- atau ke-3.

6)      Situasi satu :
i) Murid ditayangkan slaid permainan bola sepak. (salah)
·         Salah kerana ayat ini membawa maksud murid yang ditayangkan, bukannya slaid permainan bola sepak. (perhatikan betul-betul)
ii)Cikgu menayangkan slaid permainan bola sepak. (Ayat biasa) (betul)
iii)Slaid permainan bola sepak ditayangkan oleh cikgu.

Situasi dua :
i)Murid-murid diedarkan nota. (salah)
* Salah kerana ayat ini membawa maksud murid diedarkan kepada nota.
ii)Nota diedarkan kepada murid-murid. (betul)

Situasi tiga :
i)Saya sedang menyertai perlumbaan itu. (ayat biasa)
ii)Perlumbaan itu saya sedang sertai. (salah)
iii)Perlumbaan itu sedang saya sertai. (betul)
·         “Perlumbaan itu” subjek ayat (FN), “sedang saya”, Fkp diri pertama.
iv)Songsangkan ayat : “Sedang saya sertai perlumbaan itu.”
·         Maklumat tambahan : Yang dikatakan terikat itu adalah apabila “sedang” itu berada dalam prediket ayat dan diikuti oleh pelaku diri pertama, kedua dan ketiga.

Rumus : FK --- Fktr --- kktr --- (diikuti oleh FN yang bertindak sebagai objek)

1)      Ayah saya memperkebuni tanah terbiar itu.
· “Ayah saya” bertindak sebagai subjek ayat dan merupakan pelaku diri ke-3.
·Saya bertindak sebagai penerang kepada ayah.
·Apabila ditukar kepada ayat pasif : “Tanah terbiar itu diperkebuni oleh ayah saya.” Perkataan ‘oleh’ 
 tidak disertakan pun tidak mengapa.
·Situasi yang lain : “Tanah terbiar itu diperkebuni oleh ayah saya bertahun-tahun.” Boleh menambah
 kata “bertahun-tahun” selepas kata “ayah saya.” Kata (bertahun-tahun) tidak boleh diletakkan 
 diantara/dicelah-celah kata (diperkebuni-kktr-) dan (ayah saya-FN-). Ini adalah kerana, dalam ayat 
 pasif, kktr mesti diikuti oleh FN yang bertindak sebagai objek dalam bentuk ayat terikat. Selepas 
 kktr, mesti diikuti oleh pelaku diri 1, ke-2 ataupun ke-3. Jadi, “diperkebuni oleh ___?___, ? mesti 
 diikuti oleh pelaku diri 1,2 atau ke-3.

2)      Kata kerja tak transitif (kkttr)
·Kata asal
·Ber-
·Ber---an
·Ber---kan
·Me-
·Ter-
Contoh ayat : Beberapa orang budak itu bermain bola.
·  Di dalam ayat ini, bola tidak menjadi objek, sebaliknya menjadi kata nama.
· “Beberapa orang budak itu bermain.” (pelengkap bertindak sebagai penerang kepada bermain.
·Objek yang wujud selepas KN atau kktr adalah dalam ayat sahaja.

3)      Muslim menendang bola.
·Bola adalah objek kerana wujud selepas kktr “menendang”.

LATIHAN

1)      Lebih pandai Ali daripada Abu
·         (S) ayat ialah Abu
·         Buktinya :
i)                    Ali lebih pandai daripada Abu.
ii)                   Abu wujud selepas kata “daripada” (KS)
iii)                 Kata “daripada Abu” adalah merupakan FS yang bentuknya adalah terikat.
iv)                 Ayat ini telah disongsangkan.

2)      Bertahun-tahun kedua-dua orang itu merancang pembunuhan musuhnya.
·         “kedua-dua orang itu” adalah merupakan (S) ayat.
·         Prediket ayatnya ialah “bertahun-tahun” dan “merancang pembunuhan musuhnya”.
·         Kata “musuhnya” bertindak sebagai penerang kepada KN
·         Ayat ini adalah merupakan ayat songsang terbahagi. Prediket-subjek-prediket (P+S+P)
·         Selepas kktr “merancang” mesti diikuti oleh objek. Di dalam ayat ini, merancang diikuti oleh pembunuhannya (KN).
·         Ayat asal : “Kedua-dua orang itu merancang pembunuhan musuhnya bertahun-tahun”.

3)      Sejak beberapa tahun terakhir ini,makin sedarlah setiap orang akan tanggungjawabnya.
·         (S) ayat ialah “setiap orang”.
·         Ayat asal : “Setiap orang makin sedar akan tanggungjawabnya sejak beberapa tahun terakhir ini.”
·         Partikel “lah” pada kata sedar digugurkan menjadi prediket.

4)      Sebagai orang alim, tiada ia suka bertandang ke sana ke sini.
·         “sebagai” bertindak sebagai Kata sendi.
·         “orang alim ialah KN.
·         “ia” merupakan subjek ayat.
·         “Sebagai orang alim” tidak boleh menjadi subjek ayat kerana diikuti oleh frasa sendi “sebagai”. Jadi “orang alim” bertindak sebagai objek ayat.
·         Ayat asal : “Ia tidak suka bertandang ke sana ke sini sebagai orang alim.”

5)      Sebagai anak panah yang terlepas daripada busurnya, sekalian anak muda menderu mendapatkan Si Alim palsu itu.
·         “Sebagai anak panah” adalah merupakan prediket ayat kerana diikuti oleh (FS) “sebagai”.
·         “Yang terlepas daripada busurnya” bertindak sebagai penerang kepada anak panah. (prediket ayat)
·         Sekalian anak muda bertindak sebagai (S) ayat.
·         “mendapatkan”,kktr.
·         “Si Alim palsu itu”, objek kepada “mendapatkan”.

6)      Jangan datang ke sini esok pagi!
·         “ke” adalah (KS).
·         “sini” bertindak sebagai objek.
·         “esok” merupakan kata keterangan waktu.
·         Ayat ini adalah ayat perintah, maka ayat ini tidak mempunyai (S).
·         Jika dalam ayat biasa, ayat tersebut ada (S), tetapi ayat ini adalah ayat perintah maka (S) ayat tidak dinyatakan.

Ilmu tambahan :

Esok : Hari esok dan hari-hari yang seterusnya.
Besok : Selepas hari ini. Contoh, jika hari ini ialah hari Sabtu, maka besok adalah hari Ahad.

RAGAM.

Ali : Abu, esok kita pergi Low Yat. Aku nak beli external.
Abu : Boleh, tak ada masalah, beressss....
Keesokkan harinya.......
Abu : Ali, pukul berapa kita nak pergi Low Yat??
Ali : Bila masa pulak aku kata nak pergi Low Yat hari ini??
Abu : Semalam ko kata “esok kita pergi Low Yat???”
Ali : esok tidak semestinya hari esok, boleh jadi hari-hari yang mendatang. Hahahaa....
Abu : Oh... (dalam hati geram daaa)
 :-)