BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, May 23, 2012

Pendidikan & Pelaburan

"Pendidikan adalah satu bentuk pelaburan, apabila masyarakat diberi kesejahteraan dan diberi khidmat pendidikan ilmu daripada pemerintah, maka masyarakat yang lahir adalah masyarakat yang berilmu dan terpelajar serta masyarakat inilah yang akan melaburkan kembali wang dan memesatkan ekonomi sesebuah negara." Kata-kata ini dipetik daripada Saudara Rafizi Ramli semasa penulis menonton Debat PTPTN di Astro Awani 22 Mei 2012.

Thursday, December 1, 2011

Lebih Hebat Daripada Segalanya.

Assalamualaikum... Apa khabar sahabat-sahabat sekalian. Semoga sihat belaka dan sentiasa di bawah lindungan dan peliharaan Allah SWT. Kali ini mahu berkongsi sedikit tentang sebuah kisah yang lebih hebat daripada segalanya. Apa agaknya ya? Ha, mari kita kongsi bersama.. Umum mengetahui bahawa semua ciptaan Allah SWT adalah sangat luar biasa dan unik. Betulkan.. :) Ciptaan-ciptaan Allah di dunia ini tidak ada tolok bandingnya. Semuanya indah-indah belaka. Begitu juga dengan penciptaan bumi. Allah S.W.T. telah mencipta bumi untuk makhluk-makhluknya. Kajadian bumi ini sangat unik. Rasulullah S.A.W. pernah bersabda tentang kejadian bumi. Pada peringkat awal, bumi ini berada di dalam keadaan yang tidak mantap. Tanah-tanihnya bergelombang bagaikan cecair sebelum Allah S.W.T. menukar bentuk muka bumi ini kepada bentuk yang bergunung-ganang. Gunung ganang ini semuanya berfungsi sebagai pasak kepada bumi. Oleh yang demikian, bentuk muka bumi menjadi lebih kukuh dan stabil dan sesuai didiami oleh makhluk-makhluk yang telah diciptakan oleh Allah SWT. Kejadian bumi ini cukup sempurna sahabat-sahabat. Subhanallah...


Setelah itu, malaikat ada bertanya kepada Allah, selain gunung batu yang pejal itu, masih adakah yang lebih kukuh dan lebih kuat daripadanya? Allah memberi tahu bahawa selain daripada batu, besi adalah yang paling kuat. Ini adalah kerana besi mempunyai sifat yang sangat keras dan kekerasannya mengatasi kekerasan batu. Oleh yang demikian, manusia mampu mencipta pelbagai jenis jentera yang dapat memusnahkan gunung-ganang dan pelbagai jenis batuan sehingga hancur.

Lalu malaikat bertanya lagi kepada Allah, adakah lagi makhluk yang lebih kuat daripada besi??Lalu Allah menjawab bahawa api mempunyai kekuatan untuk mengatsi besi. Dengan kepanasan yang tinggi, besi dapat dihancurkan.

Kemudian malaikat bertanya pula kepada Allah, apakah yang lebih gagah yang boleh mengatasi kekuatan api? Lalu Allah memberitahu bahawa air berupaya untuk mengatasi kekuatan besi. Ini dapat dibuktikan apabila air digunakan untuk memadam api.

Malaikat bertanya kepada Allah, apakah yang dapat mengatasi kehebatan air? Lalu Allah memberitahu akan malaikat-Nya bahawa angin adalah makhluk-Nya yang dapat mengatasi kekuatan dan kehebatan air. Sebab itu apabila Allah menjadikan sekumpulan angin yang sangat hebat dan kuat bernama taufan, ia boleh menggelorakan lautan sehingga melimpah membanjiri daratan dan memusnahkan segala yang ada di muka bumi.

Namun demikian, malaikat masih tidak jemu bertanyakan kepada Allah tentang makhluk Allah yang lebih hebat daripada segala kejadian yang telah diciptakan oleh Allah. Allah memberitahu kepada malaikat bahawa masih ada makhluk ciptaan-Nya yang lebih hebat daripada segala makhluk yang ada. Dia adalah seorang manusia. Apabila dia bersedekah, tangan kanannya yang menghulurkan sedekah tidak diketahui langsung oleh tangan kirinya.

Maksudnya ialah orang yang bersedekah dengan penuh keihklasan kerana Allah semata-mata, apabila dia bersedekah, dia merahsiakannya daripada pengetahuan orang lain. Kekuatan menahan diri daripada membocorkan rahsia tentang perlakuan sedekah itu dianggap lebih kukuh daripada batu dan besi.

Allah menjelaskan bahawa, sesiapa dalam kalangan manusia yang dapat menahan diri daripada bersifat riak dan menunjuk-nunjuk ketika menderma dan bersedekah, maka dia adalah makhluk Allah yang kuat. Ini adalah kerana, dia dapat mengekang dorongan nafsu daripada sifat-sifat mazmumah yang boleh merosakkan amalan bersedekah.

Jadi sahabat-sahabat sekalian, tepuk dada tanyalah iman kita, bagaimanakah agaknya perlakuan kita ketika kita bersedekah. Adakah kita mahu menjadi makhluk yang perkasa pada pandangan Allah, atau pada pandangan manusia? Kadangkala kita fikir kita sudah cukup baik dalam amalan dan perlakuan kita sehari-hari. Namun sedarkah kita akan kelemahan-kelemahan yang tidak kita sedari di dalam kita mengerjakan sesuatu pekerjaan. Adakah kita tidak menyakiti hati orang lain dalam aktiviti kita sehari-hari? Fikir-fikirkan. Muhasabah diri bersama.

Monday, November 28, 2011

Berkhatan...

Cuti sekolah BERMULA, maka banyaklah aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh keluarga untuk mengisi masa lapang anak-anak mereka. Ada yang mengambil keputusan untuk pulang ke kampung menziarahi orang tua, ada yang melancong ke seluruh pelusuk negara @ dunia, ada juga yang mengadakan kenduri kendara dan tidak ketinggalan mengkhatankan anak-anak mereka. Alhamdulillah, sebentar tadi baru sahaja selesai mengadakan kenduri doa selamat untuk berkhatan adik bongsu saya, Muhammad Arief Ahmad Lutfi. Majlis telah diadakan di Surau Al-Hidayah, Taman Berkat. Orang tua-tua kata, bila sudah berkhatan ni, maka kanak-kanak lelaki sudah memasuki alam remaja. Maka Arief, bolehlah jadi remaja belako na.. Insya Allah, proses berkhatan akan dilakukan di Klinik Yusof pada jam 8 pagi. Semoga proses berkhatan berjalan dengan lancar dan selamat. Amin. 


Tak sakit pun berkhatan... ^_^

Berbuat baik sesama insan.

Assalamualaikum...

Sebelum menghantar seorang sahabat pulang, teringat  akan sebuah kisah yang pernah didengari olehku sebelum ini. Kisah tentang seorang anak yang berbuat kebaikan kepada sahabat atau orang yang disayangi olehnya. InsyaAllah, apabila kita mengerjakan sesuatu kebaikan itu, maka malaikat akan menghantar dulang berisi cahaya dan mengatakan kepada ibu bapa kita bahawa “ini adalah kiriman anakmu”. Alangkah berbahagianya orang yang mati dengan meninggalkan anak soleh yang mendoakannya. 

Nabi Muhammad saw juga pernah bertanya pada sahabat tentang siapakah orang yang muflis? Sahabat menjawab “mereka yang miskin”. Nabi bersabda" Tidak mereka yang muflis ialah mereka yang mempunyai anak tetapi apabila mereka mati anak mereka tidak mendoakan mereka dan mereka tidak mendapat apa apa kebaikan dari anak mereka. Oleh hal yang demikian, penting kita semua merenung dan lihat samaada kita hidup untuk mencari pencen kubor kita iaitu

1.    Sedekah jariah,
2.    Ilmu yang bermanafaat
3.    Doa anak yang soleh


Setiap pekerjaan yang dilakukan hendaklah dengan hati yang penuh keikhlasan.  Lakukanlah kebaikan dengan penuh keikhlasan dan kebijaksanaan. Ya Allah, letakkanlah aku dalam kalangan hambamu yang beriman dan beramal soleh. Amin

Tuesday, October 4, 2011

Mari Membaca Doa Rabitah



Ya Allah Engkau mengetahui hati-hati ini
Telah berkumpul kerana kasihkanMu
Bertemu dan patuh padaMu
Bersatu memikul dakwahMu
Hati-hati ini telah berjanji setia
Mendaulat dan menyokong syariatMu
Maka eratkanlah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan hati ini
Tunjukkan ia jalan yang sebenar
Limpahkan dengan cahaya RabbaniMu
Yang tak pernah padam
Dan lapangkanlah dengan iman.

Selamat Beramal.... ^_^

Monday, September 26, 2011

Sabar dengan setiap ujian

Assalamualaikum...

Berdiskusi tentang sabar, kadangkala memang sukar bagi kita menentukan sama ada sesuatu yang menguji kesabaran kita itu adalah berbentuk ujian daripada-Nya atau musibah. Namun demikian Allah SWT telah pun berfirman:

"Dan musibah yang menimpa manusia adalah disebabkan oleh perilaku manusia itu sendiri. Dan Allah banyak memaafkan kesalahan-kesalahanmu" (Asy Syura 42 : 30)
"Dan Allah menciptakan manusia adalah ujian bagi manusia yang lain, apakah kamu mahu bersabar?"

Kita diperintahkan oleh Allah untuk selalu muhasabah diri, bersabar, sabar dan terus bersabar.

Ayat yang kedua jelas menyatakan Allah SWT meminta kita untuk bersabar dalam setiap ujian yang ditimpakan-Nya. Sabar di sini bukan hanya diam memendam amarah akan tetapi memohon maaf kepada Allah dan memaafkan sesiapa sahaja serta mendoakan mereka dengan baik dan itu memerlukan keikhlasan diri yang tinggi dan kelapangan dada. Memang sukar melakukannya namun jika kita mula belajar dari sekarang, Insya Allah. Jika kita lakukan dengan keikhlasan dan tawakal disusuli dengan istiqomah, Insya Allah, Allah akan memberikan jalan yang mudah dan juga ketenangan HATI. Insya Allah. Berdoalah.

Demikian semoga membantu diriku jua.

Wassalam.

Wednesday, September 14, 2011

Betapa cintanya Rasulullah kepada Umatnya..

Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Para sahabat melihat pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Saidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu terus bertanya kepada Baginda Rasulullah S.A.W. setelah selesai bersembahyang :

“Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?”

“Tidak, ya Umar.. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."

“Ya Rasulullah… mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit…” desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali baginda bergerak.

“Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?”

Lalu baginda menjawab dengan lembut, “Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya? Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di akhirat kelak.”


Musim 2011/2012 bersama MU

Bila disebut sahaja LELAKI, pasti terbayang difikiran  kita betapa obsesnya golongan ini terhadap sukan bola sepak. Ya.. Saya seorang lelaki dan saya juga tidak lari daripada meminati sukan ini. Namun demikian, saya tidaklah terlalu “GILA BOLA”.Sekadar meminati sukan ini yang merupakan sukan nombor satu di dunia. Berbicara tentang bola ni, bila sampai sahaja musimnya, apa sahaja yang dibuat semuanya akan dikaitkan dengan bola sehingga timbul frasa makan bola, minum bola dan tidur pun bola. Bagi peminat fanatik sukan yang paling popular ini, mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk pasukan yang diminati oleh mereka. Ada yang sanggup berkempen seperti pilihan raya, memasang bendera, memakai baju pasukan, mewarnakan tubuh mereka mengikut logo atau tema pasukan mereka dan sebagainya, malah ada yang sanggup meredah lautan dan benua hanya semata-mata kerana BOLA. Jika tidak percaya cuba tonton cerita Rooney dan Dragba, Seronok. ^_^



Buat peminat pasukan Manchester United seperti saya (promote pasukan sendiri), “MU Forever” tidak terlambat untuk saya ucapkan tahniah kerana telah menjuarai liga buat kali ke-19 sekaligus mencipta rekod baharu kelab EPL yang menjuarai liga paling banyak. Walaupun ramai yang meragui kemampuan United untuk terus mengekalkan prestasi gemilangnya pada musim lepas, namun demikian pasukan MU telah membuktikan bahawa mereka masih lagi berbisa dan mampu untuk mempertahankan kejuaraan liga yang telah dimiliki untuk musim yang baru. BUKTINYA, MU menang 8-2 menentang seteru utama liga iaitu Arsenal. Ini adalah kekalahan terburuk Arsenal sejak 1980an. Selepas menang besar ke atas Arsenal, Manchester United membukikn bahawa mereka bukan menang nasib pada perlawanan sebelum ini apabila sekali lagi menjaringkan jumlah gol yang besar iaitu 5-0 ketika menentang Bolton Wonderes. Jadi apa lagi hendak dikatakan. Nampaknya pencabar yang mampu menggugat United hanyalah Manchester City yang dibarisi dengan pemain yang berprofil tinggi seperti Samier Nasri (pemain baharu yang baru berhijarah dari Arsenal). Manakala pasukan yang lain masih lagi tercari-cari rentak bagi mencabar pendahulu liga yang sememangnya konsisten dalam setiap perlawanan. Mengikut Jadual perlawanan EPL sesi 2011/2012, pertemuan antara Manchester United vs Manchester City dijadualkan berlangsung di Old Trofford pada 22 Oktober 2011. Sangat ditunggu-tunggu. Hu3...

Bercerita tentang United, kemasukan 3 pemain baharu seperti Phil jones, Ashley Young dan David de Gea bakal memperkuatkan lagi barisan pemain United pada musim ini. Usaha ini dilakukan bertujuan untuk memperkukuhkan barisan tengah United yang kelihatan sedikit pincang serta kurang kreativiti ketika menentang Barcelona. United kini dibarisi oleh pemain-pemain muda seperti Cleverly Wlbeck, Jones & Evans. Pemain-pemain inilah yang diharapkan oleh Alex Forguson akan menjadi pengganti kepada generasi emas yang pernah dilahirkan Forgusan pada era 1990-an yang bakal digandingkan dengan pemain-pemain senior kelab. Sangat-sangatlah menyokong usaha ini.

Berikut adalah jadual perlawanan bagi United disepanjang bulan september serta oktober.

September 2011
10 Bolton (A)
17 Chelsea (H)
24 Stoke City (A)

Oktober 2011
1 Norwich City (H)
15 Liverpool (A)
22 Manchester City (H)
29 Everton (A)

Sekadar suka-suka. Syukur ada yang memahami.. ^_^ dan mahu join sekaki..
Wassalam.